in ,

Hafiz, Akim, Aril, Black Mentor di Pelancaran Brands Generasi Hebat

BRAND’S® memperkasa rakyat Malaysia ke arah keunggulan

Seiring dengan arus globalisasi, persekitaran dunia kini menjadi lebih berdaya saing bukan sahaja di bidang perniagaan malah juga individu. Rakyat Malaysia yang mahu berjaya perlu kekal aktif dan kekal di hadapan berbanding yang lain di mana mereka perlu menajamkan kemahiran mereka untuk mencapainya.

Mr. Koh and the new faces of BRAND’S Generasi Hebat

Berbekalkan pandangan ini, BRAND’S® kini memacu haluan berani dan baru dengan kempen pemasaran terbarunya yang menyokong sifat positif dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk cemerlang serta mencapai kehebatan peribadi dengan merebut segala peluang yang hadir dalam hidup ini.

BRAND’S® sudah mengenal pasti lima sifat utama melalui kempen “Generasi Hebat”  anjurannya, yang mengajak semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan umur untuk merealisasikan potensi mereka sendiri selain menumpukan kepada mencungkil keupayaan yang terpendam dalam diri mereka. Lima sifat utama ini – sifat Handal, Eksplorasi, Boleh, Aktif dan Tekun – melambangkan ramuan utama untuk kekal di hadapan dan memaksimumkan potensi seseorang itu tanpa mengira umur.
    
“Generasi Hebat” yang dilancarkan pada hari ini dilambangkan oleh lima individu muda hebat yang dipilih khas untuk menerajui kempen ini – Hafiz yang penuh bertenaga, Choo Hou Ren yang mempunyai pelbagai bakat; Akim dan Aril dari rancangan bakat realiti popular AF7; dan pemenang Mentor Musim 3 yang menawan, Black.

Kelima-lima personaliti ini merupakan contoh unggul bagi tenaga dan sifat positif “Generasi Hebat”, dan mereka membuat penampilan pertama di depan khalayak umum pada hari ini dengan sebuah lagu yang dicipta khas bertajuk “Juara”. Lagu yang dihasilkan oleh komposer terkenal, Audi Mok, dan Shazee Ishak ini menjadi tema utama kepada kempen ini di mana muziknya berperanan sebagai ciri utama untuk mendekati rakyat Malaysia.

Lirik lagu ini yang memberi inspirasi positif dan tingkah laku cemerlang diadun bersama melodi lagu menarik dan bakal ditampilkan dalam video muzik yang akan mula ke udara pada bulan ini. Selain lagu, aksesori fesyen istimewa – Ikatan ‘Generasi Hebat’ – juga akan diperkenalkan sebagai penanda kebanggaan pergerakan ‘Generasi Hebat’.

BRAND’S® berbangga kerana dapat membawakan inisiatif yang menyeru kepada perubahan sikap yang positif dan kami berharap bahawa ia akan berfungsi sebagai pendorong kepada pembangunan warga Malaysia yang kuat, menjadi kebanggaan dan perkasa yang dapat membawa negara ini setapak lebih hampir dalam perjalanannya untuk menjadi negara maju.

Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd., Encik Koh Joo Siang dalam ucapannya semasa pelancaran berkata, “Generasi Hebat menyeru semua rakyat Malaysia untuk memacu generasi mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan memperkasa kehandalan, eksplorasi, sifat aktif dan ketekunan, yang didorong oleh sikap yakin boleh. Berbekalkan himpunan sifat positif ini, seseorang itu mampu merangkul dan mematahkan cabaran harian dengan mudah yang hadir untuk menghalang laluan seseorang itu dalam merebut peluang dan kekal di hadapan pada setiap masa.

“Ada banyak sifat yang tergolong bagi mencapai keunggulan tetapi yang lima ini adalah ciri-ciri yang paling sesuai yang menyebabkan ia dipilih bagi kempen terbaru kami yang bertema ini. Ia mengenai meningkatkan diri anda dan negara dengan berusaha untuk maju serta memanfaatkan dengan cara terbaik apa yang ditawarkan oleh kehidupan,” tambah beliau.

Pengenalan kempen terbaru BRAND’S®  ini bakal menggabungkan hampir semua media bagi mendekati pengguna untuk membawakan kepada mereka semangat “Generasi Hebat”, termasuk peraduan yang menawarkan kepada pemenang percutian bersama bintang – Hafiz, Choo Hou Ren, Aril dan/ atau Akim. Hubungi 1-800-6226 atau layari www.generasihebat.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang peraduan ini.
Apakah H.E.B.A.T.?

Handal
Saya mestilah handal berfikir.
Saya tak bergantung pada nasib.
Semua persoalan ada penyelesaiannya.

Eksplorasi
Pembaharuan bermula dengan eksplorasi.
Minda saya sentiasa terbuka untuk cepat memahami.

Boleh
Kami bekerja keras.
Semangat kami tinggi.
Kami yakin boleh merealisasikan cita-cita.

Aktif
Saya sentiasa selangkah di hadapan.
Saya aktif merebut peluang yang ada.
Saya sentiasa bersedia.

Tekun
Tiada yang mustahil.
Saya tak mudah putus asa.
Saya tekun berusaha.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FourFourTwo Features Exclusive Interview with Cristiano Ronaldo

Sekitar Pelancaran MIFA 2009 di Pavillion Kuala Lumpur