in , ,

Hael Husaini Simpan Lagu BINTANG Selama 13 Tahun Kini Jadi OST Drama

Hael Husaini, seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu terkenal tanah air kini kembali dengan lagu terbaharunya iaitu ‘Bintang’.

Kemunculan Hael dengan lagu terbaharu yang telah disimpan selama 13 tahun ini berjaya mengubati kerinduan peminat tegarnya yang sering kali bertanya mengenai lagu sentuhan beliau! 

Lagu Bintang merupakan lagu pertama Hael Husaini bekerjasama dengan TV3 dan Alternate Records Sdn Bhd. Bintang merupakan salah satu karya terbaik daripada Hael dan inilah peluang yang dilihat sesuai untuk mengetengahkan melodi serta lirik lagu ini yang menyentuh hati setelah lebih sedekad menyimpannya. 

Hael Husaini Simpan Lagu Bintang Selama 13 Tahun Kini Menjadi OST Drama BINTANG

Lebih menarik, Lagu Bintang ini dipilih sebagai runut bunyi drama Bintang kerana ia mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan drama Bintang sendiri yang telah ditayangkan di Slot Lestary TV3 bermula 6 April ini. 

Lagu ‘Bintang’ ini sangat istimewa kerana merupakan hasil kreatif Hael sendiri sebagai penulis lirik dan juga komposer. Drama bersiri Bintang terbitan Country Universal ini merupakan arahan Nizam Zakaria dan menampilkan pelakon yang kian meningkat nama di persada seni iaitu Daniel Fong, Ruhainie dan Keith Foo. 

Bintang mengisahkan tentang hubungan antara Iris (Ruhainies) dan Thirak (Daniel Fong) yang terpisah dari zaman persekolahan dan hubungan mereka tidak direstui oleh ibu bapa Iris. Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula setelah kematian orang tua Iris. Dugaan mendatang apabila Mustafa (Keith Foo) muncul merebut cinta Iris. Adakah hubungan antara Iris dan Thirak masih bersinar seperti bintang?

Menurut Hael Husaini, ”Saya berharap lagu Bintang ini memberi makna yang istimewa kepada semua pendengar dan dapat menilai apa erti bintang kepada insan yang istimewa seperti orang yang kita sayangi. Bintang juga menggambarkan sepasang kekasih yang sentiasa ada bersama namun diuji dengan perpisahan antara dua dunia yang berbeza. Saya berterima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa menyokong saya kerana tanpa mereka saya tidak mungkin berada dalam industri seni tanah air sehingga kini.”

Sejak Bintang dilancarkan di platform digital dan diperdengarkan kepada para pendengar, rata-rata peminat Hael Husaini sangat teruja dengan lagu yang dikatakan sebagai ‘award winning material’ dan dibanjiri dengan komen-komen positif lain seperti: 

  • Dengar lagu macam ini dah feels sama dengan KDrama OST
  • Bangun pagi confirm mata bengkak sembab 
  • Nice cover art 
  • Ok ini….loveee
  • Hael can defeat any genre
  • Been waiting for this song 

Jangan lupa untuk dengarkan Bintang di semua platform digital bermula 4 April 2023. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_

TV3 dan Alternate Records & Talents Sdn.Bhd teruja dengan kolaborasi sebegini dan berharap lebih ramai artis terkenal dan prolifik negara akan bekerjasama dengan kita di masa hadapan melalui runut bunyi  drama drama tayangan TV3 yang pastinya terbaik. 

Hael Husaini Simpan Lagu Bintang Selama 13 Tahun Kini Menjadi OST Drama BINTANG

Lirik lagu Bintang:

Komposer : Hael Husaini

Penulis Lirik : Hael Husaini

BINTANG – HAEL HUSAINI

Dan mulanya

sentiasa bersama

takkan kau tiada

di setiap hariku

Dan kini kau

tinggal ku sendiri

buat ku ternanti akan tibakah waktu

Dan akhirnya hilangnya bintang

yang selalu ada untuk menerangi

setiap malam ku

Dan ku tahu kau di atas sana

diselubungi awan yang gelap

mengaburi mataku

oh bintang ku

oh bintangku yang terunggul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RIZMAN RUZAINI

Rizman Ruzaini Jemput RR Royalties Ke RR Pop Up Booth di Lima Lokasi Utama!

RIZMAN RUZAINI

Rizman Ruzaini Raikan Pelanggan Celcom Hadiahkan Baucar Diskaun