in , , ,

Gurau Tak Kena Tempat, Iman Troye Kena ‘Sound’ dengan Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada penyanyi Iman Troye supaya tidak bergurau kasar terhadap orang lain yang sedang bertarung nyawa berdepan virus Covid-19.

Sharnaaz berkata, Iman sepatutnya lebih sen.sitif terhadap n4sib yang menimpa orang lain. Kelmarin, Iman dikecam netizen kerana menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan ‘happy’ (gembira) yang disifatkan netizen dia berbangga dengan angka j4ngkitan itu.

“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” tulisnya di Twitter.

Akui Kesilapan, Iman Troye Minta Maaf Selepas Teruk Dikecam Netizen

Menurut Sharnaaz, gurauan mengenai kes harian C0vid-19 tinggi kerana kesalahan pihak tertentu tidak menjadi mas.alah, tapi jika sesuka hati mengharapkan kes akan meningkat sehingga 7,000 adalah tidak sesuai.

“Dalam 7,000 orang itu ada ibu bapa orang lain yang sedang bertarung ny4wa atau mungkin ada yang meninggal dunia. Fikirlah wahai Iman Troye,” katanya.

Sharnaaz berkata, dia juga terkesan dengan perkara itu kerana sudah kehil4ngan dua anggota keluarga akibat dijangkiti C0vid-19.

Terdahulu, ramai menyifatkan tindakan Iman itu kurang matang kerana menjadikan ia bahan gurauan selain dan tidak se.nsitif dengan isu semasa.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas memuat naik status itu, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter.

Salah Cakap Sikit Terus Tular – Iman Troye

MEKAR dengan Teman dan Pejam Celik Hari Raya, pemilik nama pentas Iman Troye terus memahat nama dalam industri hiburan tanah air.

Pada usia 19 tahun dengan hayat karier baru setahun jagung, gadis itu sudah berada di puncak kerjaya.

Berbicara dengannya, meskipun tanpa bersua muka, penyanyi kecil molek itu ternyata basah dalam santun dan sifat ramah-tamahnya, masih sama seperti dahulu.

Tidak sedetik pun kedengaran nada angkuh sepanjang berbual dengan pemilik nama penuh Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin meskipun popularitinya kini dalam genggaman,

Masakan tidak, kedua-dua lagunya berjaya menduduki carta-carta radio dan tular dalam semua platform media sosial. Bukan mudah untuk seorang penyanyi muda meraih pencapaian sebegitu.

Tidak keterlaluan sekiranya melabelkan gadis genit ini sebagai penyanyi fenomena alaf baharu berdasarkan karyanya yang digilai golongan muda zaman kini.

DUA lagu menjadi fenomena dalam semua platform media sosial, Iman bersyukur kehadirannya dalam industri hiburan tanah air disambut baik ramai pihak.
Masih merangkak

Bertanyakan sama ada selesa dicop sebagai idola remaja masa kini, anak kelahiran Selangor itu bagaimanapun berasakan belum layak untuk memegang gelaran tersebut.

“Idola (ketawa)? Saya masih sangat baharu dalam industri, tidak layak langsung nak beri gelaran yang begitu besar.

“Jika nak namakan diri sendiri sebagai selebriti juga tidak setimpal dengan pengalaman setahun jagung saya. Rasanya masih tidak boleh pegang gelaran tersebut lagi,” katanya kepada HibGlam dalam nada merendah diri.

Bahkan, dia juga mengakui masih perlahan-lahan mencari rentak dan tapak yang stabil untuk memahat nama.

Iman bagaimanapun berterima kasih kepada pihak yang menjadikannya sebagai idola meskipun menyedari terlalu kerdil untuk menerima perkara tersebut.

“Jujurnya, tahap saya ketika ini adalah masih merangkak, tidak mampu berdiri sendiri lagi.

“Saya sedar diri tidak layak menjadi idola tetapi ingin terus menjadi contoh yang baik untuk golongan muda zaman sekarang.

“Rasanya dengan platform yang saya miliki, banyak perkara baik boleh disebarkan. Insya-Allah saya cuba jadi contoh yang bagus,” tuturnya.

IMAN berterima kasih kepada pihak yang menjadikannya sebagai idola meskipun menyedari terlalu kerdil untuk menerima perkara tersebut.

Dijadikan sebagai contoh golongan muda berjaya bukanlah satu perkara yang mudah, namun Iman bersyukur masih punya keluarga yang memantau kehidupan hariannya.

Katanya, setiap perkara yang dilakukan termasuklah laman media sosialnya turut dipantau ahli keluarga.

“Mungkin ramai yang perasan saya jarang memuat naik luahan hati dan sebagainya, sebab semua dikawal oleh ahli keluarga.

“Mereka bimbang jika saya terlalu melempiaskan emosi dalam media sosial, benda itu akan ‘makan’ diri, sekali gus menganggu perjalanan karier,” katanya.

Tidak merasakan perhatian keluarga tersebut sebagai beban, Iman bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang prihatin dengan setiap gerak-gerinya.

“Saya tidak rasa tindakan mereka sebagai dikongkong kerana percaya semuanya demi kebaikan saya.

“Mereka akan menegur jika saya buat silap, tak pernah sekali pun mereka terlepas pandang,” katanya lagi.

Akuinya, dia juga seorang manusia yang kerap melakukan kesilapan dan terbawa-bawa emosi amarah ke dalam media sosial.

“Kadangkala terlepas juga sesetengah perkara. Jika sangat sensitif, mereka (keluarga) akan minta saya padamkan.

“Bagus juga ada pemantau, tidaklah saya hanyut dengan emosi sendiri. Sekarang, cakap salah sikit terus tular,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The End of the Heist Is Approaching: MONEY HEIST PART 5 Will Be Released in Two Volumes

Shah Iskandar ‘Test Market’ Mahu Buka Akaun OnlyFans, Tapi Sekali Shamsul GhauGhau Kasi Komen