in ,

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013.

[dropcap]F[/dropcap]estival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia.

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

[pullquote align=”right”]Gandingan eksklusif Guba & Yuna di Adelaide Festival Centre pada bulan September Ini pasti dinantikan oleh peminat[/pullquote]

Persembahan kebudayaan yang akan berlangsung selama 2 minggu meliputi perlbagai macam persembahan, seperti teater, tarian, muzik, filem, saster, seni visual, seni kreatif, dan sajian makanan. Setiap tahun, Festival OzAsia akan meilih satu negara Asia sebagai tema utama. Untuk tahun 2013 ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tema inspirasi Festival OzAsia.

Persembahan di Festival OzAsia di Adelaide Festival Centre selama 2 hari; 13 & 14 September 2013, akan menjadi persembahan Guba yang pertama di Adelaide & juga di luar Malaysia.

“Apabila mendapat undangan untuk membuat persembahan di Festival OzAsia tahun ini, saya terkejut dan pada masa yang sama, rasa teruja. Macam-macam perasaaan. Untuk persembahan 2 hari nanti, akan ada special segmen, di mana saya akan menyanyikan lagu “You’re So Fine” bersama Yuna.” – Guba

Untuk maklumat lanjut tentang persembahan Guba di Festival OzAsia 2013, boleh layari http://www.ozasiafestival.com.au/Guba

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Menarik Konsert Linkin Park Living Things di Malaysia

Gambar Sekitar Pelancaran & Prebiu Projek 3R