in ,

GSC NU Sentral Bakal Dibuka 29 Januari 2015

Pada pagi ini, Budiey menerima satu kad jemputan untuk menghadiri Majlis Pembukaan GSC NU SENTRAL yang terletak berhadapan dengan KL Sentral. Pawagam yang menempatkan 11 buah dewan skrin ini akan dibuka pada 29 Januari 2015. Tahniah buat GSC dan yang pasti media yang hadir dapat merasai pengalaman pertama dan sekaligus menjadi pengguna pertama pawagam baru ni. Budiey juga tak sabar nak melabuhkan punggung di seat empuk buat pertama kali. Haa, nak gak yang jadi tukang rasmi kan?

GSC NU Sentral

Nampaknya, untuk tahun 2015 ini GSC terus memberi saingan dengan mendirikan 5 buah pawagam iaitu GSC Nu Sentral Kuala Lumpur, GSC IOI City Mall Putrajaya, GSC Klang Parade, GSC Ipoh Parade, dan GSC Aman Central Alor Setar.

Untuk info pembaca, pawagam yang dilengkapi dengan sistem bunyi terkini yang dinamik ini terletak di Lot L5.14 Level 5, NU Sentral, No. 201, Jalan Sambanthan, Kuala Lumpur. Haa, siap dengan alamat lengkap sekali Budiey letak. Yang penting apa yang korang mesti ingat pawagam ini terletak di tingkat 5.

Nu Sentral is the first Malaysia’s integrated “green” lifestyle and transit mall hub developed to optimise the changing lifestyles of Malaysian and international travellers. Located at Kuala Lumpur Sentral CBD, Kuala Lumpur’s strategic Central Business District, Nu Sentral has a captive market of over 800,000 households and a total population of over 3.6 million.

As it stands. Nu Sentral Mall is already home to popular brands such as Cotton On, Converse, H&M, Monki, UNIQLO, Victoria’s Secret, Bath & Body Works, Sephora, The Face Shop, Parkson, Jaben, Machines, and more. So it’s only befitting that GSC Cinemas gets added to the bill.

Semua media yang hadir akan berpeluang untuk mencuba hall pawagam untuk menonton filem terbaru iaitu PROJECT ALMANAC.

Pelancaran akan diserikan dengan kehadiran ramai selebriti selain jemputan VIP iaitu Ms Koh Mei Lee selaku CEO Golden Screen Cinemas Sdn Bhd dan Puan Zetty Juyanty A.Rahim selaku Pengarah Urusan MRCB Group Retail Asset Development.

Budiey kira, jumlah yang berkunjung ke pawagam GSC NU Sentral memang ramai kerana lokasi berdekatan dengan KL Sentral yang menjadi tumpuan ramai.

GSC NU Sentral

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Polis Siasat Siapa Rakam Video Zamani Slam Nyanyi Semasa Digari

Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Mangkat