in ,

Grand Brilliance Dominasi Pencalonan Filem Terbaik FFM26

Filem-filem Grand Brilliance mendominasi kelima-lima slot pencalonan Filem Terbaik untuk Festival Filem Malaysia 26 (FFM 26) tahun ini. Grand Brilliance juga mendominasi kelima-lima slot pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik, dan Penataan Bunyi Terbaik. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah festival filem ini di mana sebuah syarikat penerbitan mencatat pencalonan sebesar ini.

Lima filem yang tercalon untuk kategori Filem Terbaik itu ialah KIL, KL Gangster 2, Penanggal, Rock Oo, dan Sembunyi: Amukan Azazil. Filem KL Gangster 2 merupakan sebuah filem usahasama antara Grand Brilliance dan Skop Productions, manakala filem Penanggal pula diterbit bersama Astro Shaw.

Selain lima kategori ini, filem-filem Grand Brilliance menerima sekurang-kurangnya satu pencalonan dalam hampir kesemua kategori utama seperti Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, dan Kesan Khas Terbaik, membawa kepada jumlah pencalonan sebanyak 60 untuk Grand Brilliance, jumlah pencalonan tertinggi bagi sebuah syarikat penerbitan dalam sejarah FFM.

“Kami amat berbesar hati dengan pencalonan-pencalonan ini dan ia adalah bukti kepada suntikan kualiti tertinggi yang cuba kami terapkan dalam semua projek-projek kami, sama ada drama berat seperti KIL atau komedi seperti Rock Oo. Sesetengah filem ini telah ditayangkan di peringkat antarabangsa dan kini, untuk diiktiraf di negara sendiri, adalah satu penghormatan bagi kami. Kami berharap tradisi ini akan diteruskan dalam projek-projek kami, dan kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua individu yang tercalon,” ujar Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance.

Festival Filem Malaysia dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan merupakan salah satu penghargaan tertinggi dalam industri perfileman tanahair. Dianjurkan sejak tahun 1980, festival filem yang ke-26 ini meneruskan usaha memberi penghargaan kepada produksi-produksi filem terunggul di Malaysia dengan temanya tahun ini, Transformasi Sinema Malaysia. Malam anugerah FFM 26 akan diadakan pada bulan Oktober ini.

Pada bulan September tahun lepas, filem seram Sembunyi: Amukan Azazil telah menggemparkan industri filem tempatan apabila berjaya meraih 12 daripada 23 anugerah kategori filem di Anugerah Profima yang berlangsung di Kuala Lumpur. Bukan setakat mencapai kejayaan kritikal di Malaysia, sesetengah filem Grand Brilliance yang tercalon pernah menyertai festival-festival filem unggul di seluruh dunia.

KIL, sebuah filem genre drama penuh debaran, menerima tayangan perdana dunianya di Marche du Film di Cannes, Perancis dan telah mewakili Malaysia di beberapa festival seperti di Festival Filem Asia Osaka 2014 di Jepun, Festival Filem Asia Tenggara 2014 di Singapura, dan Fantaspoa 2014 di Brazil.

Senarai Penuh Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 26

Filem Terbaik
KIL (Grand Brilliance, Primeworks Studios)
KL Gangster 2 (Grand Brilliance, Primeworks Studios & Skop Productions)
Penanggal (Grand Brilliance, Primeworks Studios & Astro Shaw)
Rock Oo (Grand Brilliance, Primeworks Studios)
Sembunyi: Amukan Azazil (Grand Brilliance, Primeworks Studios)

Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
Dhusrajanam
The Wedding Diary II
Paper Moon
The Collector
The Golden Couple

Pengarah Terbaik
Ellie Suriaty (Penanggal)
Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil)
Mamat Khalid (Rock Oo)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syamsul Yusof (KL Gangster 2)

Filem Pendek Terbaik
Jahit (Reservoir Production)
Cerita Satu Malam (Nazri Mohd Annuar)
Kekasih (Diffan Sina Norman)
The Pillar (Thumbs Up Team)
Mimpi Mah Meri (Yu Chee Boon)

Filem Animasi Terbaik
The Adventure of Hoggie, Pinky Zero, Ali and Abu (Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK)
The Curse (Thumbs Up Team)
Jinggo (El Videographics)

Lakon Layar Terbaik
Alfie Palermo (Sembunyi: Amukan Azazil)
Ellie Suriaty (Penanggal)
Mamat Khalid (Rock Oo)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syamsul Yusof (KL Gangster 2)

Pelakon Lelaki Terbaik
Azry Iskandar (Penanggal)
Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
Faizal Hussein (Longkai)
Rusdi Ramli (Tanda Putera)
Syed Hussein (Psiko Pencuri Hati)

Pelakon Wanita Terbaik
Diana Danielle (Sembunyi: Amukan Azazil)
Kalpana (Dhusrajanam)
Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
Ummi Nazeera (Penanggal)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Azad Jazmin (Kolumpo)
Khir Rahman (Rock Oo)
Rosyam Noor (KL Gangster 2)
Sharnaaz Ahmad (Juvana)
Zizan Nin (Tanda Putera)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Anne James (KIL)
Nell Ng (Kolumpo)
Normah Damanhuri (Penanggal)
Ruminah Sidek (Kolumpo)
Umie Aida (Sembunyi: Amukan Azazil)

Cerita Asal Terbaik
Ellie Suriaty (Penanggal)
Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil)
Mamat Khalid (Rock Oo)
Amin Shakib (Psiko Pencuri Hati)
Fadzil Zahari (Tokan)

Sinematografi Terbaik
S.Y. Chong (KIL)
Haris Hue Abdullah (Istanbul Aku Datang)
Raja Mukriz (Penanggal)
Filus Ghazali (Tanda Putera)
Norhanisham Muhammad (Sembunyi: Amukan Azazil)

Penyunting Terbaik
Rewan Ishak (KIL)
Wong Hui Lynn (Istanbul Aku Datang)
Akashdeep Singh (Penanggal)
Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster 2)
Adilan Azemi (Sembunyi: Amukan Azazil)

Skor Muzik Asal Terbaik
Sharon Paul (Tanda Putera)
Bell Foo/JT Ng (Paper Moon)
Nik Mustaza Nik Mustapha (Tokan)
Hafiz Hamidun (KL Gangster 2)
Hafiz Hamidun (Sembunyi: Amukan Azazil)

Penataan Seni Terbaik
Rewan Ishak (KIL)
Zahid Othman (Rock Oo)
Nazrul Asraff (Penanggal)
Aida Fitri Buyong/Kamarul Nizam (Tanda Putera)
Mazalan Zulkifli (Sembunyi: Amukan Azazil)

Penataan Bunyi Terbaik
Mohsin Othman (KIL)
Mohd Rashid Othman (Rock Oo)
Adzrey Abdul Kamal (Penanggal)
Syamsul Yusof/Hisyam Jupri (KL Gangster 2)
Hafiz Hamidun (Sembunyi: Amukan Azazil)

Lagu Tema Asal Terbaik
Aku Datang (Istanbul Aku Datang)
Tika (Rock Oo)
Tokan (Tokan)
Puisi Sang Dewi (Lemak Kampung Santan)
Tanda (Tanda Putera)

Pengarah Harapan
Ellie Suriaty (Penanggal)
Nam Ron (Psiko Pencuri Hati)
Esma Daniel (Zaiton Ceritaku)
Nik Amir Mustapha (KIL)
Syed Hussein (Langgar)

Pelakon Harapan Lelaki
Ahya U (Tanda Putera)
Shukri Yahaya (Ular)
Karl Shafek (Zaiton Ceritaku)
Syazwan Zulkifli (Juvana)
Zul Ariffin (Penanggal)

Pelakon Harapan Wanita
Cristina Suzanne (KIL)
Nadia Aqilah (Zaiton Ceritaku)
Nelyda Senrose (Cinderella)
Siti Saleha (Kerat 14)
Uqasha Senrose (Paku Pontianak)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Farrah Nadiah (Bisikan Syaitan)
Nur Adriana (Bencinta)
Putri Balqis (1 Lawan 1)
Rykarl Iskandar (Ajiboy)
Ahmad Ashraff Fahmy (Lemak Kampung Santan)

Pereka Kostum Terbaik
Hasnan Yaccob/Fadzilah Abdullah (Tanda Putera)
Akma Suriati Awang (Rock Oo)
Ameen Mustajab (Sembunyi: Amukan Azazil)
Sarah Lee Ann (Kara King)
Nasirah Ramlan (Penanggal)

Kesan Khas Terbaik
Tanda Putera (Pesona Pictures)
Ular (Showbiz Productions)
Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (Tayangan Unggul)
Lemak Kampung Santan (Tall Order Productions)
Penanggal (Grand Brilliance, Primeworks Studios & Astro Shaw)

Poster Terbaik
KIL (Grand Brilliance, Primeworks Studios)
War of The Worlds: Goliath (Tripod Entertainment)
Bencinta (MIG Pictures)
Balada Pencinta (Grand Brilliance, Primeworks Studios)
Kolumpo (Otto Film)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hydra Lancar Album Sulung Berjudul SINERGI

ntv7 Terima Tiga Pencalonan Dalam Spark Awards