in ,

Hotel Review Grand Aston City Hall Medan

Pendapat sesetengah orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa kemudahan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.

Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel paling dikenali di Medan yang mempunyai ciri uniknya tersendiri iaitu Grand Aston City Hall & Serviced Residences di Medan. Hotel ini merupakan satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Medan untuk tujuan kerja dan perniagaan.

Grand Aston City Hall Medan

Penginapan terbaik di Grand Aston City Hall Medan

[dropcap]D[/dropcap]ari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana jaraknya ke stesen keretapi Railink iaitu stesen keretapi yang menghubungkan pusat kota Medan dengan lapangan terbang Kuala Namu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari kawasan hotel. Ini kerana pihak hotel menyediakan perkhidmatan shuttle percuma dari hotel ke stesen Railink Medan. Ini memudahkan mereka yang perlu mengejar waktu untuk menaiki pesawat masing-masing.

Ia juga sangat berdekatan dengan pusat gerai dan makanan Merdeka Walk yang terletak betul-betul berseberangan hotel. Ini menyenangkan para pengunjung untuk mencuba sajian setemp Medan sekiranya ingin mengicip hidangan orang tempatan. Lebih menarik lagi, kawasan membeli-belah dan beraneka tempat makan juga tidak jauh dari sini. Pusat membeli-belah tersohor Medan terbaru iaitu, Centrepoint juga beberapa minit sahaja dari hotel (dan terletak di seberang stesen Railink).

[pullquote align=”right”]Menampilkan 250 buah bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu, mereka juga mempunyai bilik berkonsep pangsapuri untuk tamu yang ingin menginap dalam jangkamasa yang lebih lama.[/pullquote]

Untuk bilik-bilik pangsapuri tersedia unit yang mempunyai 1, 2 dan 3 bilik tidur. Kesemua bilik mempunyai sambungan internet wi-fi percuma serta kelengkapan terkini seperti televisyen berlayar leper dan macam-macam lagi.

Soal menjamu selera pula terdapat beberapa tempat makan di hotel ini. Di antaranya restoran Cina Ji Long dan Empress, Spoon Dining yang terkenal dengan aneka sajian antarabangsa serta hidangan tempatan khas, Alfresco untuk suasana makan di luar serta Cassiavera dan Demitasse untuk tamu bersantai.

Namun apa yang membezakan hotel ini adalah “D’Heritage @ Balai Kota ”yang merupakan sebuah sudut khas dalam sebuah bangunan yang dulunya berfungsi sebagai dewan bandaraya pada zaman penjajahan Belanda yang dibina pada tahun 1909. Kini ia bukan sahaja menjadi tempat penganjuran acara tetapi juga sebuah tempat eksklusif untuk menjamu selera di Medan.

Hotel ini juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang, sebuah spa, gimnasium dan beberapa bilik serbaguna dan dewan besar untuk penganjuran majlis dan mesyuarat atau seminar. Tak lupa juga, ruangan lounge dan sebuah bar.

Jadi, sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Grand Aston City Hall kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

Dan semestinya hotel ini memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di kota Medan!

Grand Aston City Hall Medan

Grand Aston City Hall Medan

Grand Aston City Hall Medan

Grand Aston City Hall Medan

Grand Aston City Hall Medan

Penginapan terbaik di Grand Aston City Hall Medan
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyampai Radio Beraksi di Konsert Aktif 7 2016 Putrajaya

Ada Sebab Samsung Galaxy Note 7 Dilarang Guna dalam Pesawat