in

Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat

[dropcap]P[/dropcap]ada pagi yang dingin dan sejuk gara-gara dilanda hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur ini, senario dunia hiburan dikejutkan sekali lagi dengan berita seorang pelakon lelaki terkenal tanah air berusia 25 tahun ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang, semalam. Wah, panas-panas. Yang pasti satu persoalan di minda Budiey ialah siapakah gerangan pelakon lelaki popular yang ditangkap itu?

Pelakon yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Apa yang Budiey dapat info, pelakon yang ditangkap basah bersama seorang perempuan (bukan tunangnya) itu adalah salah seorang pelakon utama filem Azura 2012. Mmm, bila diamati klu ini, Budiey dah dapat meneka siapakah pelakon lelaki. Bila taip je carian di Twitter, Budiey dapat lihat ramai yang dah menyebarkan tentang siapa pelakon yang dimaksudkan. Rata-rata di laman sosial mengatakan pelakon yang ditangkap basah itu ialah Shahz Jaszle! Mmm… biar benar nih?

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis (semalam), mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.”

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Sementara itu menurut sumber, apartment itu dikatakan milik rakan kepada pelakon berkenaan. Difahamkan, tunang pelakon itu dikatakan datang sendiri ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton

SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat