in ,

Gossip: Rakaman Bunkface di Anugerah Filem Pendek Astro Kirana Dibuat Semula

Walaupun majlisnya serba sederhana, namun kontroversi tetap meletus di Anugerah Filem Pendek Astro Kirana yang telah berlangsung semalam. Kepada peminat filem, jangan lupa untuk menonton Astro Kirana pada jam 9 malam ini untuk menyaksikan siaran rakaman yang telah hadiri oleh ramai selebriti semalam. Persembahan dari artis undangan pun ada yang menarik dan ada yang biasa-biasa. Budiey kira, Aizat, Stacy dan Meet Uncle Hussain telah menerima tepukan gemuruh dari penonton.

Dalam banyak-banyak persembahan, Budiey ada dengar desas-desus, kononnya persembahan Bunkface terpaksa dibuat rakaman semula kerana pemakaian tidak menepati garis panduan. Apa yang telah dipakai oleh Bunkface semalam? Haa, korang tengok gambar ini dulu, kemudian buat tafsiran… apa yang tak kenanya?

Ada tanduk kat kepala vokalis Bunkface ni? So?

Mulanya Budiey nampak tanduknya persis telinga kucing. Tapi…

Apa yang Budiey dengar dari orang dalam, menyatakan rakaman perlu dibuat semula untuk mengelakkan dari pemotongan persembahan mantap dari Bunkface untuk lagu Situasi itu. Khabarnya, tanduk itu menyerupai tanduk Satan! Mmm, fikir-fikirkan.

Budiey: Apa-apa, pun korang kena tonton Astro Kirana pada malam ini. Samada rakaman itu dibuat semula atau tidak. Kami pun tak pasti. Budiey tidak dapat tonton kerana sekarang ini Budiey sudah sampai di Danga Bay untuk buat liputan di Hot FM Big Jam 2009 yang akan bakal bermula esok jam 4 petang. Di hotel 5 bintang ini tidak ada Astro Kirana, so tidak dapat lah nonton anugerah semalam. Rombongan media bersama artis seperti Jinbara, Aizat, 6ixth Sense, One Nation Emcee dan beberapa grup indie telah sampai jam 2 petang dan semua artis telah menjalani soundcheck. Selebihnya soundcheck akan dibuat pada malam ini.

Untuk pembaca Sensasi Selebriti, jumpa korang esok!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza @ Majlis Pelancaran Buku The Pink Book

Keputusan Pemenang Astro Kirana Short Film 2008/2009