in

Gossip Penyanyi Terdesak Nak Jadi Popular

Dengarnya…: Terdesak nak jadi popular  

LUCU juga Cik Normah dengar cerita ini. Cerita yang Cik Normah nak kongsi ini mengenai seorang artis baru yang nampaknya sudah mencipta populariti segera tapi masih belum mampu membuatkan namanya dikenali.

Direnung kembali, kasihan juga Cik Normah dekat penyanyi ini.

Cik Normah tak nak sebut namanya. Apa tidaknya kalau sebut Cik Normah yakin ia pasti menjadi publisiti buatnya. Cik Normah rasa penyanyi wanita ini suka sangat mencari publisiti murahan yang mungkin ada kalanya diciptanya sendiri. Cik Normah tak kuasa nak layan penyanyi ini.    

Kelakarnya, walaupun sudah cuba sedaya upaya melakukan ‘promosi’ untuk popular termasuk ditemubual dalam program TV popular, ramai yang tidak mengenalinya termasuk artis di negara kita. Malah teman Cik Normah pun ada yang tak kenal langsung penyanyi ini.

Sifat tidak putus asa dan muka tebal setebal rambutnya harus dipuji kerana bukan semua orang boleh jadi sepertinya. Syabas tapi Cik Normah rasa penyanyi itu perlu cara lain untuk terus memastikan namanya diingati. Iyalah, kalau diundang membuat persembahan asyik nyanyi lagu orang saja, takkan lagu sendiri tak ada kot.

Dalam sebuah majlis baru-baru ini, Cik Normah perhatikan ada beberapa artis yang seperti kebingungan siapakah gerangan penyanyi itu. Beberapa orang artis macam terpinga-pinga memikirkan siapa pula penyanyi itu. Sekali pandang, penyanyi itu seperti orang biasa saja, lalu janganlah berkecil hati kalau orang tak anggap awak itu penyanyi.

Nampaknya usaha penyanyi itu untuk popular dengan ‘cara tersendiri’ itu tidak berjaya. Termasuklah kisah kononnya dia dikaitkan dengan penyanyi popular. Macam-macam dunia sekarang ini. Cik Normah sarankan kepada penyanyi itu, lebih baik tak payah jadi artis lagi mudah bukan? Terdesak sangatkah nak jadi popular? [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Sempena Konsert Gegar Generasiku

Siapa Tetamu Fara Fauzana Dalam Alahai Fafau