in

Gossip: Penyanyi Hebat Perangai Buruk

Dipetik daripada Harian Metro

BUKAN sekali dua SS dengar mengenai kerenah kurang elok artis wanita popular ini. Apabila SS sebut namanya, pasti semua tahu. Apatah lagi peminatnya juga tidak kurang ramai. Tidak cukup dengan isu mengubah penampilan susuk tubuh dan rupa paras, penyanyi hebat ini tidak habis-habis dengan perangai tidak senonoh.

Kalau sekali dua SS dengar mengenai perangainya yang tidak elok itu tak mengapalah. Ini tidak asalkan ada wajah penghibur itu, ada saja perilaku yang tidak elok dikaitkan dengan dirinya. Mungkin kerana taksub dengan populariti yang pernah dikecapi dan zaman kegemilangannya sehingga terbawa-bawa setiap kali diundang menjayakan persembahan.

Baru-baru ini teman SS yang buat liputan rakaman program televisyen, mendengar rungutan kru dan beberapa artis mengenai sikap penyanyi itu. Penyanyi berkenaan bukan hanya tidak mahu bercampur dengan artis lain malah ‘demand’ tinggi kepada pihak pengurusan stesen televisyen itu.

Malah artis berkenaan mengenakan syarat tertentu kepada pihak penerbitan televisyen berkenaan jika mahu menggunakan khidmatnya malah perlu menyediakan segala kelengkapan dan kemudahan yang dimintanya.

Bukan hanya makanan dan minuman perlu disediakan. Artis berkenaan tidak mahu berkongsi bilik persalinan bersama artis lain biarpun ruang bilik persalinan di studio rakaman terhad.

Tidak cukup dengan itu, artis berkenaan mengunci bilik persalinan dan langsung tidak membenarkan orang lain menjejak kaki ke dalam bilik itu. Ibarat bilik berkenaan miliknya. Mungkin kerana ada barang berharga, menyebabkan artis berkenaan bersikap demikian.

Begitupun, takkanlah sampai buruk sangka pada orang lain. Pada SS, langkah berjaga-jaga penyanyi berkenaan wajar namun jangan sampai keterlaluan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Girl Season 2

Majalah 3 Paparkan Pewarisan Yasmin Ahmad Ahad Ini