in

Gossip: Pasangan Artis Tak Mengaku Bercinta

PADA zaman moden ini, apa saja yang manusia lakukan sering berkait rapat dengan wang. Justeru, bagi memastikan dapat hidup mewah, manusia sanggup berbuat apa saja. Begitu juga dengan cerita cinta seorang artis wanita yang disampaikan kepada SS, kelmarin.

Mengikut cerita daripada seorang rakan, artis wanita ini kalau mahu bertemu kekasih hatinya itu, pasti dia akan bertandang ke pejabat si dia. Kalau mahu keluar bersama pula, ada kenderaan lain yang akan mereka digunakan. Namun, ke manakah destinasi mereka, itu tidaklah diketahui.

Cukuplah dengan secebis kisah itu dan ia membuatkan SS terdiam. Bukan apa, tak sangka SS cinta antara artis wanita itu dengan teman lelakinya bukan kisah temberang. Selama ini, SS ingatkan cerita yang diperkatakan mengenai mereka itu sekadar gosip manja semata-mata.

Hakikatnya, cinta itu memang buta. Atas dasar apa, itu mereka saja yang tahu tapi SS memang tunggu bilakah artis wanita itu bersedia membuat pengakuan terbuka. Dalam soal ini, tak perlulah kita nak mendesak kerana itu kisah peribadinya.

Terpulanglah kepada artis wanita itu untuk membuat keputusan. Bagaimanapun, kalau rasa nak sorok sangat hubungan itu, ia memang susah sikit sebab mata di sekeliling sentiasa memandang dan telinga pula mendengar.

SS tetap bersikap positif kerana mengambil kira mungkin artis wanita itu ada sebab tersendiri untuk merahsiakannya. Bimbang takut tak jadi, nanti dia juga yang malu. Yang pasti, SS nak ingatkan agar janganlah nak menyulam cinta terlalu lama, nanti jadi bosan pula. Kalau dah suka sama suka, segeralah masuk ‘mintak’ dan serikan pelamin anda. [Harian Metro]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pendekar Bujang Lapok & Mimpi Moon Sempena Hari Seniman

Gossip Camelia Sudah Kahwin?