in

Gossip Artis Bercuti Dengan Kekasih di Pulau

SOSEH SOSEH: Artis bercuti dengan teman lelaki di pulau

KEJOHANAN bola sepak Piala Dunia yang akan bermula tidak lama lagi. SS pun ada pasukan pilihan dan sering berkumpul dengan teman berbual mengenai pasukan pilihan.

Selalunya di kedai kopi dan baru-baru ini SS disapa teman lama. Kebetulan rakan SS itu bertugas di luar Lembah Klang.

Apa lagi rancaklah berborak dari satu topik kepada satu topik. Daripada isu semasa sehingga hal membabitkan keluarga. Memang seronok apabila bertemu rakan lama.

Rancak berbual, teman SS itu mengatakan baru balik dari bercuti di satu pulau peranginan. Kalau sekadar rakan SS bercuti, itu bukan cerita menarik buat SS tapi bila dikatakan dia terserempak dengan seorang artis di pulau itu, SS pun mula hendak tahu siapa.

Kalau SS sebut namanya, mesti ramai yang kenal. Orangnya boleh tahan cantik dan tidak kurang popular menerusi beberapa drama dan juga filem. Tapi biarlah nama artis itu menjadi rahsia SS.

Kalau hendak dikatakan pelanduk dua serupa, mustahil pula kerana rakan SS itu bukan calang-calang orang dalam industri hiburan tanah air. Ramai juga artis yang mengenalinya.

Menurut cerita rakan SS, artis cantik itu bercuti dengan teman lelakinya. Lagilah SS tertarik mendengarnya. Hairan dan ajaib juga SS bagaimana artis yang sebelum ini ditemani anggota keluarga ke mana-mana majlis dan aktiviti seni, mendapat ‘lampu hijau’ bercuti bersama teman lelaki di pulau peranginan.

Ke mana perginya ahli keluarga yang kerap menemaninya sebelum ini? SS faham, artis itu perlukan ruang untuk merehatkan minda dan melepaskan tekanan apabila penat bekerja tapi apabila bercuti bersama teman lelaki, cuak juga.

Lainlah kalau pasangan sudah berkahwin, makan angin mengeratkan kasih sayang.

Bukan SS mahu berprasangka buruk tetapi kalau sudah berdua-duaan nun jauh dari keluarga, bimbang juga terjebak dengan pergaulan bebas. Kalau sudah suka sama suka, kenapa tidak nikah cepat-cepat supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak baik.[Harian Metro]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Single Terhangat Alibi Music

Lirik Hijjaz Engkau Insan Sempurna