in

Good Night All-Starz Bersama Bekas Penyampai Radio di iM4U fm

Good Night All-Starz bersama bekas penyampai radio di iM4U fm. Jangan melepaskan peluang untuk mendengar bekas penyampai radio seperti Leya, Jules, Shac, Reza dan Burn di iM4U fm, Isnin hingga Jumaat pada pukul 8 malam dalam rancangan “Goodnight All-Starz”.

“Goodnight All-Starz merupakan sebuah rancangan yang dikendalikan oleh bekas penyampai radio seperti Burn, Leya, Jules, Shac dan Reza. Mereka merupakan antara nama yang telah menyerikan industri radio dengan sumbangan mereka. Kami percaya para pendengar masih rindu mendengar celoteh mereka dan ini merupakan peluangnya,” kata Kartini Ariffin, Direktor iM4U fm.

Para pendengar diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai topik perbincangan setiap malam. Selain itu, mereka dapat mendengar sesi temu-bual pada slot “Tampatan4U”.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Goodnight All-Starz, ikuti iM4U fm,107.9 FM di Lembah Klang atau layari laman web iM4Ufm di www.im4ufm.my.

Good Night All-Starz bersama bekas penyampai radio di iM4U fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Acara Wira Lagenda WarnerTV di Sunway Pyramid

Azlan & The Typewriter Lancar Single Terbaru MATA HATI