in

Golf & Mike Band Pop Akan Berada di Malaysia

Kehangatan Pop Thailand Kini Melanda MALAYSIA!

Kumpulan pop ini akan berada di Malaysia pada 30hb Oct 2008 – 3hb Nov 2008, Malam Bersama Media (Media Night) akan diadakan dan jemputan media akan diedarkan dalam masa yang terdekat.

Golf & Mike merupakan kumpulan pop duo sensasi yang amat terkenal di Thailand. Ditubuhkan pada 2001, pasangan adik beradik ini mendapat latihan dan tunjuk ajar dari G-Junior project oleh GMM Grammy. Mereka bukan sahaja dilatih menyanyi malah juga menari dan berlakon. Hasilnya, album sulung mereka berjudul ‘Golf-Mike’ berada di pasaran Thailand pada November 2005.

2929656253 8Df22Efcfc O | 4

Album yang memuatkan hits seperti Bounce, Ruang Lek Kaung Tur, Ta Lok Dee, Yah Len Bab Nee & Epilogue ini telah terjual melebihi 500,000 salinan di seluruh Thailand. Dengan jualan album yang memberangsangkan ini, Golf & Mike telah mengembangkan ‘fan base’ mereka ke luar negara seperti Jepun, Korea dan kini Malaysia.

Kumpulan yang dianggotai oleh Pichaya Nitipaisalkul (Golf), 21 tahun dan Pirath Nitipaisalkul (Mike) , 19 tahun ini, telah memenangi anugerah mereka yang pertama pasa Februari 2006 di the Seed Awards 2006 dalam kategori Seed Most Popular Artist of the Year (Artis Paling Popular). Mereka kemudian telah memenangi Best Breakthrough Artist di Channel [V] Thailand Music Video Awards 2006.

Golf & Mike telah berjaya membuat konsert solo pertama yang dipanggil “Golf-Mike Let’s Bounce Concert” pada Mac 2006 di Thunder Dome. Ia dihadiri oleh lebih 5000 peminat. Atas kejayaan konsert itu, mereka telah dijemput untuk menjayakan konsert oleh seorang penyanyi J-Pop, Tomohisa Yamashita dan Kitty GYM. Di Jepun mereka telah bergabung menjadi satu kumpulan yang dipanggil GYM (Golf, Yamashita and Mike) di bawah naungan Johnny Entertainment. Mereka telah membuat satu single yang berjudul “Fever To Future” dan telah menjadi lagu tema Pertandingan Grandprix Bola Tampar Wanita (Women’s Volleyball World Grandprix) serta telah mendapat no 1 di carta Oricon pada minggu pertama ia di dalam carta.

Pada Ogos 2006, Golf and Mike telah bergabung dengan Chin, Guy, Happy, Madiow, J, Nut, Ken dan Ice untuk membentuk kumpulan G-JR (disebut G-J-R). Mereka telah melahirkan album yang berjudul “10 Club”. Pada Oktober 2006, G-JR telah mengadakan konsert “The Show Must Go On Concert by Golf-Mike & Friends” di Impact Arena dan seterusnya memenangi “Popular Vote New Band” di Virgin Hitz Awards 2006 pada bulan yang sama.

Pada akhir 2006, album “365 Days With Golf-Mike” berada di pasaran Thailand. Album istimewa ini, mengandungi lagu hit “Kaub Khun… Young Noy Pai”.

Golf & Mike telah mengeluarkan album studio mereka yang kedua berjudul “One By One” pada Mac 2007. Muzik video untuk single yang pertama berjudul “Fight For You” mengambil masa 3 hari untuk disiapkan kerana mereka perlu menjalani latihan ‘Free Running’. Pada bulan yang sama juga, Golf & Mike telah dipilih sebagai Kumpulan Terbaik (Best Group) oleh Thailand’s Entertainment Reporter Association (Persatuan Wartawan Hiburan Thailand).

Untuk peminat mereka di Jepun pula, Golf & Mike telah mengeluarkan single pertama mereka berjudul “Nippon Ai Ni Ikuyo” pada Jun 2007 dan pada Ogos 2007 album “RIN” berada di pasaran Jepun.

Album “One by One” ini turut dikeluarkan untuk pasaran Korea pada September 2007, dimana untuk versi ini, 2 lagu bonus dalam bahasa Korea telah dimuatkan. 

Golf & Mike yang masih menuntut di Mahidol University ini telah mengembangkan bakat mereka ke bidang lakonan apabila mendapat watak utama dalam drama bersiri Thai “Ubat Ruk Kaam Kaub Fah” (Love Beyond Frontier) yang sedang ditayangkan di Modern 9 TV di Thailand. Drama ini ditulis dan diarahkan oleh Ping Lampraplerng.

Bukan setakat bidang lakonan, Golf & Mike juga mempunyai jenama pakaian mereka sendiri yang kini telah berada di kebanyakan pusat membeli belah terkemuka antaranya Siam Square di Thailand.

Butiran Artis: 

Golf (Pichaya Nitipaisalkul)

DOB: 20 February 1987

Nationality: Thai

Mike (Pirath Nitipaisalkul

DOB: 19 December 1989

Nationality: Thai
 
DISCOGRAPHY

ALBUM

15.11.2005 Golf-Mike
22.08.2006 10 Club (G-JR)
22.12.2006 365 Days With Golf-Mike (Mini-Album) |Japanese Version containing bonus clips|
27.02.2007 GOLF MIKE MUSIC BOX COLLECTION
08.03.2007 One By One
22.08.2007 RIN  (?) |Limited Edition containing bonus DVD; Thai version containing 3 bonus tracks|
Project Cross-Culture; including Korean version of Fight For You (additional artists Ice Sarunyu and James Ruangsak)
26 01 2008 Golf-Mike : Diary Hits  ;14 hits tracks + 2 Bonus tracks in Korean version

SINGLE

30.08.2006 Fever To Future (GYM) |Limited Edition containing bonus DVD|
27.06.2007 Nippon Ainiikuyo(??????????) |Thai version containing 1 bonus track| Special Songs
2005 Tong Ther Tao Nun (I’ll Never Live Without You)
2005 Kon Kon Diow Gun (We Are One)
 
FILMOGRAPHY

MOVIES

2007 Mah Ma Si Kha Kap (4 Legs Dog) (Golf, voice for Makham)
Television Series

2008 Ubat Ruk Kaam Kaub Fah / Love Beyond Frontier
Karaoke VCDs

15.11.2005 Golf-Mike
05.09.2006 10 Club (G-JR)
03.04.2007 One By One
26.01.2008 Golf-Mike – Diary Hits ; 14 hits tracks + Bonus Track : Golf-Mike’s Life in Korea
Concerts

10.04.2006 Let’s Bounce
14.11.2006 The Show Must Go On by Golf-Mike & Friends
19.05.2007 One By One
Commercials

[2006] 12PLUS CUTIE, facial powder
[2006] YAMAHA FINO, motorcycle
[2007] iKeyclub.com
[2007] True Corporation
[2007] Save The World
[2007] MY STYLE MY FINO, motorcycle
[2008] PURIKU, fruit white tea
[2008] i-mobile 625
[2008] i-mobile TV 626
 
AWARDS

[2006] Seed “Most Popular Artist of the Year” award
[2006] Seed “Most Popular Group Artist of the Year” (nominated)
[2006] Channel [V] “Favorite Breakthrough Artist” award
[2006] Channel [V] “Best Song” – Ruang Lek Kaung Tur (nominated)
[2006] Virgin Hitz “Popular Vote New Band” – G-JR
[2007] Star Entertainment Award “Best Group Artist”
[2007] Asia Song Festival 2007 “Best Asian Artist Award” / Appreciation plaque from the Minister of Culture & Tourism in Korea
[2007] Seventeen Magazine “Popular Group Artist”
[2007] Virgin Hitz “Most Popular Group Artist of the Year” award
[2007] Virgin Hitz “Most Popular Song of the Year” award for the song “Tee Prueksa”
[2008] Korean Ambassador award

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YASMIN HARON, FARAH PUTRI DALAM DRAMA PERCATURAN

ADI PUTRA MENGAKU INTIM DENGAN FASHA SANDHA