in , , ,

Giliran Rose BLACKPINK Mahu Lancar Single Solo, Apa Kata YG Entertainment

Selepas Jennie meraih kejayaan luar biasa dengan karier solonya, seorang lagi ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose bakal mengikut jejak yang sama. Menerusi akaun Instagram rasmi Rose, dia telah memuatnaik foto promosi debut lagu solonya yang akan dilancarkan pada 12 Mac 2021.

Selepas rumors mengenai salah seorang anggota kumpulan BLACKPINK, Rose akan mengeluarkan single solo, pihak pengurusan mereka mengesahkan berita tersebut. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh YG Entertainment, Rose telah selesai menjalani penggambaran muzik video lagu solo terbaharunya. Dikhabarkan, single tersebut bakal dilancarkan pada Mac ini.

Giliran Rose BLACKPINK Mahu Lancar Single Solo, Apa Kata YG Entertainment

Dalam perkembangan lain, seorang lagi anggota BLACKPINK, Lisa juga akan mengikuti jejak langkah rakan-rakannya untuk tampil dengan single solo. Manakala Jiso kini semakin aktif dalam bidang lakonan termasuklah membintangi drama terbaharu berjudul Snowdrop yang sedang dalam penggambaran.

Giliran Rose BLACKPINK Mahu Lancar Single Solo, Apa Kata YG Entertainment

Sekadar info, Jennie merupakan anggota pertama BLACKPINK yang tampil dengan single berjudul Solo pada 2018. Sehingga kini, video muzik berkenaan telah mendapat lebih dari 615 juta tontonan sejak dilancarkan di laman YouTube.

Ramai peminat-peminat Rose di serata dunia teruja dan tidak sabar menantikan hari pelancaran itu nanti.

rose-blackpink-2021

Mampukah Rose mencapai kejayaan yang sama seperti rakannya Jennie yang meledak dengan single Solo sehingga mencapai jumlah tontonan 600 juta di YouTube?

Sama-sama kita nantikan single terbaru dari Rose!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Hati-Hati Dalam Menilai, Jangan Terus Hukum Murtad,” – Amin Idris Komen Isu Sajat Mahu Keluar Islam

Menanti Kelahiran Anak Kedua, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Perkenal Vantage Siti Series 2021