in , , ,

RTM Bangkit Nostalgia Siar Filem GILA-GILA REMAJA

Watak sekumpulan remajabernama Roy, Remy, Kuzi, Chin dan Ravi pernah menjadi sebutan dalam filem GILA-GILA REMAJA ditayangkan sekitar tahun 80an.

Lebih tiga dekad filem ini masih lagi menjadi sebutan hingga kini terutama dalam kalangan penonton yang membesar dengan filem-filem sebegini. Radio Televisyen Malaysia (RTM) membangkitkan nostalgia penonton dengan menayangkan semula filem arahan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions pada 22 Julai ini, pukul 9.30 malam di TV2.  

GILA-GILA REMAJA

Gamit kembali memori watak seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dalam kalangan teman dan keluarga. 

Pada suatu hari, Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan “Gagak Hitam”.

Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy telahcedera parah. Farouk dan konconya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik Remy. 

Lantaran itu, Remy mengamuk dan pergi mencari mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam.

GILA-GILA REMAJA

Roy dan rakan-rakan pun membantu Remy dan pergaduhan antara dua pihak pun berlaku. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.Polis tiba di tempat pergaduhan dan telah berjaya menangkap Remy. 

Remy dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. 

Ayah Suzi kemudiannya telah mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu.Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir.Semuanya dilakukan demi cintanya terhadap Suzi.

Teruskan menonton banyak lagi program menarik hanya di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Fizo Omar & Mawar Bercerai Trending di Youtube Malaysia

Tentang Pementasan Teater NEO DISIDEN