in ,

Momen Sedih Zamani Gagal Nyanyi MENGAPA PERPISAHAN YANG KAU PINTA

Penyanyi Zamani yang sepatutnya tersingkir dalam Gegar Vaganza ke 5 (GV5) pada Ahad bernasib baik kerana memperoleh imuniti daripada penaja, Datuk Seri Aliff Syukri.

Pengasas D’Herbs itu berbuat demikian kerana mahu mengekalkan Zamani yang disifatkan berpotensi walaupun dia tidak membuat persembahan pada minggu kelima GV5 atas faktor kesihatan.

“Saya mahu kekalkan dia minggu hadapan, saya menggunakan imuniti saya,” kata Aliff.

Pengumuman itu mendapat sokongan peminat yang mulanya agak terkejut apabila Zamani hanya diam kaku ketika gilirannya menyampaikan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’.

Dalam pada itu juri tetap, Datuk Ramli MS berkata, dia menyedari Zamani mempunyai masalah suara sebelum malam latihan dan sudah diminta membuat pemeriksaan doktor.

“Zamani memang sudah sakit dan peti suara dia betul-betul dah koyak sebelum malam sesi latihan lagi. Saya dah cuba turunkan not lagu tersebut namun dia masih tidak boleh menyanyi.

“Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi dia tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk.”

Dalam persaingan minggu kelima GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad, Zamani gagal membuat persembahan kerana tidak sihat.

Biarpun penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu tidak dapat meneruskan persembahannya namun peminat memberi sokongan dengan menyanyikan lagu tersebut sehingga tamat.

Zamani Dapat Markah 0%. Ini Senarai Markah Juri di Konsert GV5 Minggu 5

Selain Zamani, peserta yang bakal berentap ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Mya Ruslee, Dia Fadila, Forteen, Farawahida, Hetty Sarlene, Amelina dan gandingan Billyzulkarnain.

Selain Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, penghakiman pada minggu ini dilakukan bersama Datuk AC Mizal selaku juri jemputan.

Zamani 0%. Ini Senarai Markah Juri di Konsert GV5 Minggu 5

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula disandang oleh Noryn Aziz.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EKSKLUSIF: Aliff Syukri Bakal Lancar Single Terbaru Ciptaan Edry KRU

Zamani Mohon Tarik Diri Dari GEGAR VAGANZA