in

Gary Kang Mohon Maaf Tinggalkan Running Man

Penyanyi Gary Kang tampil memohon maaf dihadapan 1,000 peminat di Taiwan ekoran keputusannya meninggalkan program Running Man.

Soompi melaporkan Gary mengambil kesempatan itu ketika berada di Taiwan pada sesi bertemu peminatnya ketika mempromosikan pelancongan Korea di negara itu.

“Saya ingin minta maaf kerana tidak lagi bersama Running Man dan terima kasih atas sokongan anda semua,” katanya.

Gary Kang

Terdahulu, pihak produksi mengesahkan Gary meninggalkan program itu kerana ingin kembali memberi fokus kepada bidang muzik.

Dalam pada itu, Gary berkata, walaupun sudah tidak bersama program popular itu dia masih belum dapat meneruskan kehidupannya kerana sudah terbiasa bersama rakan-rakannya dalam rancangan sama.

“Saya sudah melakukan yang terbaik sepanjang enam tahun bersama Running Man.

“Walaupun tidak lagi bersama program itu hati saya sentiasa bersama Running Man dan rasanya saya akan rasa sunyi tanpa kemeriahan kawan-kawan yang lain,” katanya.

Sementara itu, Gary berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[VIDEO] Dayang Nurfaizah Tertekan Bawa LELAKI TERAGUNG di Semi Final Muzik Muzik 31

Jom Tonton Trailer Filem OFFICE CHRISTMAS PARTY