in ,

Gara-Gara Salah Faham ‘kimK’ Fazura Nasihat Elak Guna Bahasa Slanga

Pelakon popular Nur Fazura Sharifuddin menyeru pengguna media sosial agar mengelakkan slanga atau perkataan yang memberi maksud berlainan agar tidak disalah faham pihak lain.

Fazura, 32, berkata penggunaan perkataan yang mudah disalah faham di media sosial akan mengundang rasa marah dan malu, terutamanya jika ia boleh melukakan perasaan orang lain.

“Sebagai manusia biasa, sedikit sebanyak saya akan marah dan malu dengan bahasa melukakan yang kebanyakan dikeluarkan dalam bahasa Melayu.

“Sebelum ini banyak kata-kata yang digunakan hanya menggunakan kata singkatan dan mempunyai dua makna. Bila saya tegur, buat tidak tahu dan mereka bergaduh pula dengan peminat saya yang lain.

“Semoga kita belajar daripada kesalahan dan tolong jika tidak mahu cakap benda baik, jangan komen langsung. [Cara] itu lebih baik,” katanya dalam satu kiriman di Instagram hari ini.

Gara-Gara Salah Faham ‘kimK’ Fazura Nasihat Elak Guna Bahasa Slanga

Nama gadis kelahiran Pekan ini “trending”, atau menjadi topik hangat, di Twitter apabila dikatakan tersalah anggap perkataan “kimK” yang ditulis seorang pengikutnya di satu gambar beliau bersama rakan baiknya beberapa jam sebelumnya.

Berang dengan perkataan itu, Fazura menyerang pengguna tersebut dengan mendakwa wanita berhijab tidak seharusnya mengeluarkan perkataan demikian yang disangka beliau bermaksud kesat.

Namun begitu, ada yang tampil menjelaskan bahawa perkataan “kimK” tersebut sekadar kata singkatan bagi selebriti terkenal Amerika, Kim Kardashian.

Walaupun coretan Fazura itu sudah dipadamkan di Instagram, salinan status itu masih berlegar di Internet.

Pengikut pelakon filem Gol dan Gincu itu sehingga kini masih menyeru agar Fazura memohon maaf kepada wanita itu, dikenali Vii Narza, yang dianggap mangsa kritikannya. Beberapa pengguna mempersenda beliau dengan memberi pelbagai komen menggunakan perkataan “kimK”.

Sumber: malaymail Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Terkilan Mariani Tidak Sempat Terima Anugerah

Ulasan Penonton Tentang Filem POINT BREAK