in , ,

Gara-Gara Dipopularkan MKBHD, Pereka Ikon Ini Peroleh RM413,880 Dalam Satu Minggu

Pada pertengahan bulan lalu, Apple secara rasminya telah melancarkan kemas kini bagi sistem operasi mereka iaitu iOS 14. Kemas kini terbaru ini membolehkan pengguna iOS meletakkan widget serta menghias homescreen mengikut kreativiti tersendiri.

Di sebalik pelancaran iOS 14, para pereka ikon dilihat sangat aktif dalam menghasilkan ikon yang menarik untuk digunakan ramai. Di sebalik lambakan ikon yang tersedia, siapa sangka ikon hasil @traf antara yang menjadi pilihan YouTuber yang popular dalam bidang gadget iaitu MKBHD sekaligus membuatkan para penonton beliau turut mencubanya.

Siapa sangka, menurut perkongsian terbaru daripada MKBHD, @traf berjaya menghasilkan lebih $100,000 (RM413,880) seminggu selepas dikongsikan YouTuber ini.

Gara-Gara Dipopularkan MKBHD, Pereka Ikon Ini Peroleh RM413,880 Dalam Satu Minggu

Apa yang lebih menarik, @Traf yang menerima durian runtuh ini mengatakan ikon yang dihasilkan cuma memerlukan dua jam untuk disiapkan. Beliau yang menjual ikon keluarannya dengan harga $28 (RM115.90) ini turut berkongsi dimana beliau mula menghasilkan ikon buat aplikasi bermula sejak 2013 lagi.

MKBHD-Traf

“Sekiranya saya melakukan ini sepenuhnya untuk tujuan menjana wang, saya yakin ia tidak akan berjaya seperti yang dilakukannya. Teruskan melakukan apa yang anda sukai, kongsi ia dengan dunia, dan biarkan internet menguruskan selebihnya,”

– @Traf

Anda yang berminat untuk menggunakan ikon daripada @Traf pada peranti iOS 14 boleh klik di sini untuk mencubanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Arwah Bukan Anak Kandung,” Ucapan Takziah Mamat Khalid Buat Shakir Mengejutkan Ramai

Kini Anda Boleh Melihat Arkib Instagram Stories Dengan Lebih Mudah Mengikut Bulan