in , ,

Gara-Gara Beri Pendapat Tentang Lagu Dynamite, Tiz Zaqyah Diserang BTS ARMY!

Gara-Gara Beri Pendapat Tentang Lagu Dynamite, Gara-Gara Beri Pendapat Tentang Lagu Dynamite, Tiz Zaqyah Diserang BTS ARMY! Diserang BTS ARMY! Alahai! Jangan Kecoh, Buat Chill Sudah Gais!

Pelakon Tiz Zaqyah ‘diserang’ peminat kumpulan K-Pop popular BTS atau lebih dikenali sebagai ARMY selepas memberi pendapat tentang lirik lagu Dynamite nyanyian kumpulan itu. Perbalahan mula berlaku apabila Tiz membalas ‘tweet’ seorang pengguna Twitter yang menyifatkan lagu itu kebudak-budakan.

Gara-Gara Beri Pendapat Tentang Lagu Dynamite, Tiz Zaqyah Diserang BTS ARMY!

“Apa benda s**l lirik lagu macam darjah tiga,” tulis warganet.

“Memang song for kids kan?” balas Tiz pula.

Secara tidak diduga, soalan Tiz itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan menyebabkan golongan ARMY mula ‘menyerang’ pelakon drama Nur Kasih tersebut.

Gara-Gara Beri Pendapat Tentang Lagu Dynamite, Tiz Zaqyah Diserang BTS ARMY!

“Buat buta buat tak nampak lepas tu nak play victim, kalau dah tak suka tu senyap je, tak perlu nak buat statement.

“Lagu itu dicipta untuk semua generasi, bukan kanak-kanak semata-mata.

“Bukan niat nak kurang ajar, tapi statement tu cakap macam memperlekehkan lagu tu,” tulis warganet.

Gara-Gara Beri Pendapat Tentang Lagu Dynamite, Tiz Zaqyah Diserang BTS ARMY!

Tidak berdiam diri, Tiz tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik ayat yang mencetus perbalahan itu.

Menurut Tiz, lirik lagu itu menarik dan mudah diingati oleh kanak-kanak, malah dia juga amat menyayangi kanak-kanak di sekelilingnya.

Gara-Gara Beri Pendapat Tentang Lagu Dynamite, Tiz Zaqyah Diserang BTS ARMY!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ara Johari Bersumpah Tak Pernah Meneguk Minuman Keras

Katy Perry Kini Bergelar Ibu, Nama Bayi Gabungan Flora & Fauna