in , , ,

Gandingan Zul Ariffin, Syazwan Zulkifli & Almy Nadia Dalam KONDOMINIUM

Ragam Hidup Berjiran Dalam 13 Episod “Kondominium” Gandingan Zul Ariffin, Syazwan Zulkifli dan Almy Nadia Di TV2. Pengalaman hidup bermasyarakat terutama melibatkan kejiranan semamangnya pelbagai ragam. Namun setiap daripada kita tidak dapat lari daripada hidup berjiran tidak kira bagi yang tinggal di kawasan perumahan, kampung, flat atau kondominium sekalipun.

Dapat jiran suka bercakap, suka bergosip, kerap membuat bising atau bergaduh pastinya memeningkan. Namun tidak dinafikan ada juga dikalangan jiran tetangga yang menyenangkan, prihatin, mengambil berat, suka membantu dan bertanya khabar.

Cuba berkongsi ragam dalam hidup berjiran, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangkan sebuah drama bersiri bertajuk “Kondominium” mulai 30 September ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang mengisi slot Galeri Famili di TV2.

Menggandingkan pelakon Syazwan Zulkifli, Zul Ariffin, Almy Nadia, Syatilla Melvin, Eina Azman, Riz Amin, Shahrul Kamal dan Dilla Ahmad, usah ketinggalan menyaksikan 13 episod ini yang mengisahkan penduduk di sebuah penempatan perumahan Kondominium Villa Wangsa Emas milik Muhammad.

Cerita bermula, apabila Zura datang dari Pulau Pinang mencari kawannya yang tinggal di apartment ini. Namun kawannya tidak lagi tinggal di sini. Nasib baik Zura terjumpa Malek dan Johan yang sedia membantu.

Zura dikenalkan dengan kawan mereka Rozana dan Aiza dan Zura menyewa bersama mereka. Mereka tinggal berjiran bersama penyewa dan pemilik apartment di situ.

Pelbagai ragam, kejadian dan permasalahan peribadi dan keluarga terjadi. Setiap permasalahan dapat di tangani dengan adanya semangat kejiranan dan tolong-menolong.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu WRITING’S ON THE WALL Sam Smith Dikritik Hebat?

Festival Seni & Persembahan Melaka MAPFest 2015