in ,

Gandingan Baharu ERA D’Boyz bersama Nabil Ahmad

Segmen petang di ERA semakin rancak dengan gandingan baharu personaliti-personaliti terkenal iaitu Radin, Danial bersama Nabil Ahmad yang mengendalikan segmen ERA D’Boyz, setiap Isnin hingga Jumaat dari 4 petang hingga 8 malam.

Imej_ERA DBoyz

Bermula Januari 2020, peminat-peminat ERA akan dihiburkan dengan telatah, lawak jenaka dan pengisian menarik yang serba baharu oleh Radin, Danial bersama Nabil Ahmad di ERA.Gandingan baharu ini membawakan pengisian menarik seperti: 

Chef 2 Gossip: Topik berkaitan isu semasa dan cerita-cerita artis tempatan mahupun antarabangsa yang di lakonkan dengan kaedah memasak;

Pikat Line: Nabil dan Danial cuba untuk memikat hati peminat dengan ‘pick up line’;

Can Sing Ar?: Peminat ERA boleh karaoke bersama Danial; 

D’Boyz Polls: Interaksi bersama peminat ERA menerusi laman sosial;

Gogel Translate: Nabil akan terjemah perkataan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dengan caranya sendiri.

Sebelum ini, Nabil mengendalikan Carta ERA 40 setiap hujung minggu.

Dengarkan ERA D’Boyz bersama personaliti-personaliti ERA yang pastinya menghiburkan petang anda dengan pengisian santai yang bermanfaat. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

airasia

Penerbangan Istimewa AirAsia Sempena Tahun Baru Cina

Ikuti Kisah Inspirasi 13 IKONITA Berjaya di TV1