in , ,

Gambar Zoey Rahman di Bazar Seindah Ramadan 2013

Pagi-pagi lagi, Budiey bertolak ke Johor Bahru untuk melihat suasana di Bazar Seindah Ramadan anjuran TV3 dan TV9.

Buatlah apa sahaja acara kat sini pasti mendapat sambutan daripada peminat, terutamanya jika dibuat di Plaza Angsana, Johor Bahru di mana kat sini memang ramai orang kita berkumpul dan juga shopping baju raya dan kuih raya. Suasana meriah dapat dirasakan dari awal hingga tamat acara bazar.

Budiey dikhabarkan seramai 5000 orang pengunjung membanjiri lokasi Bazar Seindah Ramadan di Plaza Angsana. Terima kasih kepada yang sudi hadir jenguk kami di sini.

Bazar Seindah Ramadan adalah acara amal yang dapat mendekatkan penonton setia di mana mereka juga dapat bertemu mata dengan selebriti yang dijemput khas. Macam-macam aktiviti dianjurkan kat sini bermula jam 10 pagi di mana acara bermula dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk, kambing golek dan asam pedas.

Antara selebriti yang sama-sama memeriahkan Bazar Seindah Ramadan termasuklah duta Seindah Ramadan iaitu Nora Danish, Adi Putra, pelakon kacak Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman, Zamarul Hisyam, Ezany Nizariff, Sasha Saidin, Amir Jahari, Nelydia Senrose, Anas Ridzuan, Elfira Loy dan kumpulan Oh Chentaku.

Peminat yang hadir berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama artis kesayangan mereka. Budiey lihat, Adi Putra dan Nora Danish antara yang paling hebat dikerumuni peminat. Letaklah diorang ni kat gerai mana, mesti akan laris dah habis licin jualan.

Untuk info pembaca, Bazar Seindah Ramadan hanya dibuat di dua buah lokasi di Johor dan Kedah. Sebagai permulaan, pihak TV3 dan TV9 adakan di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Pusat Bandar Tampoi, Johor Darul Takzim diikuti dengan Sungai Petani, Kedah pada 27 Julai 2013 nanti.

Gambar Adi Putra di Bazar Seindah Ramadan 2013

Zoey Rahman
Zoey Rahman
Zoey Rahman
Zoey Rahman
Zoey Rahman
Zoey Rahman
Zoey Rahman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Adi Putra di Bazar Seindah Ramadan 2013

Pelakon Drama Muzikal Glee Cory Monteith Ditemui Mati