Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Gambar Wedding Ashraf Sinclair & Bunga Citra Di Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Semalam, Ashraf Sinclair dan penyanyi Bunga Citra Lestari telah diraika nsekali lagi dalam satu majlis resepsi kedua perkahwinan mereka di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, di sini, malam tadi.

Berlangsung dalam suasana yang penuh kemeriahan, majlis resepsi semalam dihadiri oleh keluarga dari kedua belah pihak. Berkonsepkan ‘Pulang ke kampung bawa Isteri’, majlis diserikan dengan pelbagai acara dan penuh adat Melayu.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu berlangsung hampir tiga jam dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu majlis menepung tawar oleh keluarga pengantin, diikuti dengan persembahan menghiburkan dan diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning.

Sama cantik sama padan. Ashraf dan Bunga kelihatan kelihatan segak dan cantik mengenakan pakaian pengantin berwarna silver dan putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry.

Majlis menyambut menantu yang menonjolkan ciri kemelayuan ini dihadiri kira-kira 700 orang tetamu yang terdiri dari kalangan ahli keluarga, rakan terdekat serta tetamu VIP.

Mereka adalah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Jamaludin Jarjis, serta ibu dan bapa mempelai Emmy Syaref dan Muchlis Rusli (ibu dan bapa Bunga), Khadijah Abd. Rahman dan Muhamed Sinclair (ibu dan bapa Ashraf).

Nampaknya, memang benar bagai dikata, pasangan romantis ini bersanding sebanyak 4 kali. Dua di Jakarta dan dua lagi di Kuala Lumpur. Semalam, majlis resepsi pertama mempelai berlangsung di The Saujana, Subang dengan konsep “Lakuran English & Malay Wedding”.

Pasangan paling romantik ini memilih untuk menghabiskan masa selama seminggu di Maldives sebagai lokasi bulan madu mereka. Budiey ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua pengantin.

Untuk info pembaca, Ashraf dan Bunga bernikah pada 8 November lalu di Jakarta, Indonesia.

Upacara mengaminkan doa.

Sesi memotong dan menyuap pulut kuning.

Senyum girang kedua mempelai sama cantik sama padan di majlis resepsi kedua mereka di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri)turut meraikan kedua mempelai.

Persembahan dari Eco Drum Circle turut menarik perhatian penonton.

-foto The Star oleh EHFAN SHAH

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version