in ,

Gambar Ustaz Don & Husna Bersanding

Gambar Ustaz Don & Husna Bersanding. Gambar Majlis Persandingan Resepsi Ustaz Don & Husna

Semalam, 25 Ogos 2012, Penceramah Agama, Ustaz Don telah melangsungkan Majlis Persandingan Resepsi di Pulau Pinang.

Kredit Foto Majlis Persandingan Ustaz Don & Husna: https://www.facebook.com/ArtmospherePhotography

Artikel tentang pernikahan Ustaz Don telah disiarkan di Sinar Harian. Sila baca:

PENCERAMAH popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu.

Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.

Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan di rumahnya hari ini sementara sebelah lelaki dijangka pada 1 September di Dewan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Hampir 2,500 tetamu dijangka hadir memeriahkan majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan. Don yang ditemui Sinar Harian mengakui alam perkahwinan yang dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

“Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja,” katanya.

Tidak sangka bermenantu pendakwah terkenal

Sementara itu bapa mertuanya, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, Husna merupakan anak keempat daripada sembilan beradik dan masih belajar dalam bidang perubatan di Mesir.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain tidak menyangka anaknya itu akan berkahwin dengan Ustaz Don, seorang pendakwah terkenal.

“Walaupun Husna masih belum menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan, namun ahli keluarga saya sudah merestui kerana faham perubatan sememangnya bidang yang memerlukan tempoh yang lama. Pada Oktober ini Husna akan kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian tahun akhir,” katanya.

Bagi adik bongsu Ustaz Don, Don Asyraf, 24, hanya tersenyum manis ketika diajukan soalan tentang perkahwinan abangnya.

Katanya ringkas, dia berbangga kerana akhirnya ada wanita yang berjaya mendampingi abang sulungnya itu.

Sementara itu, salah seorang rakan terdekat kepada keluarga mertua Ustaz Don memberitahu dia sendiri tidak menyangka rakan rapatnya itu akan bermenantukan Ustaz Don.

Bersempena majlis bersejarah itu juga, kedai kek terkemuka dari Pulau Pinang, Melting Bites mencipta khas figurin wajah Ustaz Don bersama isterinya, Husna Zahry.

Pemilik Melting Bites, Khairul Mimi Mohd Kamil berkata, walaupun sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan kek, cabaran untuk membentuk wajah Ustaz Don agak sukar.

Menurutnya, ia termasuk membentuk serban menggunakan ‘fondant’.

“Biasanya figurin yang saya buat wajahnya bulat-bulat, tetapi berbeza dengan Ustaz Don kerana wajahnya agak panjang dan saya perlu tiruskan figurin berkenaan. Menariknya lagi bentuk figurin ini sama seperti wajah Ustaz Don dan isterinya, Husna berpakaian ala-ala Timur Tengah,” katanya.

Idea untuk membuat kek tiga tingkat tersebut datang sendiri daripada isteri Ustaz Don.

Kek yang turut dihiasi dengan bunga-bungaan segar berkenaan mempunyai perasa coklat lembap dan juga ‘butter cream’.

Melting Bites yang sebelum ini pernah menghasilkan kek perkahwinan buat selebriti popular Farah AF juga memaklumkan tema kek perkahwinan Ustaz Don berwarna ungu lembut dan merah jambu.

Sementara jurugambar rasmi perkahwinan penceramah popular ini, Artmosphere Photography menganggap detik perkahwinan Ustaz Don begitu mudah dan tenang.

Pemilik dan jurugambarnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff berkata, dia dan rakannya, Nadia Zahari Photography begitu seronok merakamkan detik manis penceramah popular berkenaan.

“Berbeza ketika majlis perkahwinan seorang pelakon popular yang mana lebih ramai jurugambar yang datang dan kami terpaksa berasak dengan media yang begitu ramai walaupun menjadi jurugambar perkahwinannya. Ketika majlis akad nikah Ustaz Don, yang ada hanyalah rakan-rakannya dan juga sanak-saudara, memang kerja mudah,” katanya.

Artmosphere Photography bersama dengan Nadia adalah jurugambar rasmi bagi majlis akad nikah dan juga majlis resepsi bagi pengantin perempuan di Balik Pulau.

Tema ‘Garden Fairytale’ pilihan keluarga pengantin perempuan

Bertemakan ‘Garden Fairytale’, Pengarah Kreatif The House of Red Gincu, Surianie Samsudin berkata, warna-warna lembut menjadi pilihan pengubahsuaian bilik pengantin dan juga pelamin.

Menurutnya, antara warna lain ialah ungu lembut dan merah jambu.

“Kami bertanggungjawab untuk mengubah pelamin bersanding dan juga pelamin untuk akad nikah, antara lain yang turut disediakan kami ialah gubahan meja makan tetamu kehormat, henna, serta tidak ketinggalan ialah bunga tangan semasa bersanding. Sementara bagi busana akad nikah, Ustaz Don dan Husna mengenakan pakaian mereka sendiri,” katanya.

Mempunyai butik di Air Itam, Surianie berkata, dia seronok berurusan dengan keluarga mertua Ustaz Don.

“Ini pertama kali saya berurusan dengan keluarga selebriti dan bagi saya ia adalah pengalaman yang manis,” katanya.

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

Gambar Ustaz Don Bersanding Resepsi

PENCERAMAH popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, mengakui alam perkahwinan yang baru dilaluinya itu ibarat melengkapkan imannya.

“Malah perkahwinan juga ibarat pembuka kepada mata hati dan seterusnya dapat memantapkan iman termasuklah keenam-enam rukunnya,” katanya yang berseri-seri ketika ditanya wartawan mengenai perkahwinannya bersama isteri tersayang, Husna Mohd Zahry, 24.

Beliau yang lengkap dengan baju Melayu dan bersongkok ditemui Sinar Harian ketika majlis resepsi di sebelah rumah pengantin perempuan yang terletak di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang.

Husna yang manis mengenakan baju kurung moden berwarna putih krim mengucapkan tanda syukur atas jodoh pertemuannya dengan penceramah agama itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya kami dinikahkan dan telah bergelar suami isteri,” katanya.

Don yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Don mengakui masih tidak memikirkan lokasi bulan madunya bersama Husna.

Pasangan pengantin sama padan itu juga akan berjauhan seketika selepas ini apabila Husna dijangka kembali ke Mesir bagi menyambung tahun akhir pengajian perubatannya di sana.
Ustaz Don berkata, dia masih belum tahu bagaimana perjalanan hidupnya bersama Husna sekiranya berjauhan nanti.

“Mungkin saya akan ke sana ataupun tidak itu masih belum dirancang, semuanya atas ketentuan Allah, insya-Allah,” katanya.

Hampir 30 ahli keluarga turut mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan semalam.

Dalam pada itu, bapa Husna, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, majlis kenduri diadakan di rumahnya bagi membolehkan kenalannya termasuk penduduk Balik Pulau beramah mesra dengan Ustaz Don.

“Saya amat seronok kerana dalam majlis kenduri ini peminat Ustaz Don sendiri boleh mengenali dia dengan lebih dekat,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mengetahui percintaan Husna dan juga Ustaz Don, Mohd Zahry mengakui perkenalan antara anak dan menantunya itu ketika berada di Mesir.

“Ini kisah orang muda, mereka telah bertunang pada tahun lalu dan sebelum itu mereka ada mengenali hati budi satu sama lain dalam tempoh dua hingga satu tahun.

“Walau apa pun saya mahu hubungan ini sentiasa diredhai Allah dan memohon supaya anda dapat mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan,” katanya.

Hampir 2,500 tetamu menghadiri majlis kenduri di Balik Pulau semalam, dan dijangka majlis resepsi Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.

Trivia Ustaz Don
Nama penuh : Don Daniyal DonBiyajid
Umur : 28 tahun
Asal : Gelugor, Pulau Pinang
Kerjaya : Tenaga pengajar Kolej Universiti Islam Selangor
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh Bukit Minyak
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal
Maahad Tahfiz Pulau Pinang
Maahad Tahfiz Qiraat Shoubro Mesir
Adik beradik : 4 orang (anak kedua)

Husna
Nama penuh : Husna Mohd Zahry
Umur : 24 tahun
Asal : Balik Pulau, Pulau Pinang
Pendidikan : Pelajar tahun akhir Fakulti Perubatan Universiti Cairo, Mesir
Adik beradik : 9 orang (anak keempat)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Drama Mulanya Di Sini Lakonan Miera Liyana