in , ,

Gambar & Ulasan Konsert BLACKPINK 2019 di Stadium Malawati

“Blackpink in your area ~ !” merupakan ayat yang tidak asing lagi kepada para peminat K-pop terutamanya peminat Blackpink sejak kumpulan ini membuat debut mereka pada tahun 2016.

Terlebih dahulu, Budiey nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat penaja utama KIA Malaysia yang sudi menjemput Budiey bagi menyaksikan Konsert BLACKPINK – 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Februari yang lalu. Wow! Memang gempak habislah konsert ni!

Budiey dapat saksikan sendiri betapa hebatnya penangan empat orang gadis yang menggelarkan diri mereka sebagai BLACKPINK ini. Sedari awal lagi, mereka disambut oleh 500 orang peminat di KLIA. Manakala, ada Blinks yang sudah berkampung di Stadium Malawati seawal jam 7 pagi lagi. Percaya atau tidak, ramai Blinks dari luar negara termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia sanggup terbang ke Malaysia semata-mata mahu menonton konsert ini. Pergh!

Walaupun cuaca panas, namun sikit pun tak menghalang peminat untuk mengikuti aktiviti yang diatur sempena dengan konsert ini. Semasa berada di booth KIA Malaysia, Budiey dapat rasakan kehangatan peminat yang beratur panjang untuk menyertai peraduan yang diadakan oleh KIA Malaysia. Mereka begitu sporting dan ceria sekali meniru gaya BLACKPINK menari dan menyanyi.

Kejayaan Konsert BLACKPINK Serata Dunia

Merujuk kepada slogan yang makin trending ini, pada tahun 2018 yang lalu, syarikat pengurusan kumpulan Blackpink iaitu YG Entertainment (YGE) telah mengumumkan konsert jelajah dunia pertama mereka yang dinamakan sebagai BLACKPINK – 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA].

Antara negara yang tersenarai di dalam konsert jelajah ini termasuklah Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Taiwan.

Pada minggu lalu mereka juga telah mengumumkan konsert jelajah mereka di U.S.A yang bakal diadakan bermula April depan selepas menamatkan jelajah di negara-negara Asia.

Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment

Negara Malaysia juga antara negara Asia yang dikunjungi oleh Blackpink untuk konsert jelajah mereka ini dan konsert ini berlangsung dengan jayanya pada 23 & 24 Februari 2019 yang lalu bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Dikatakan sejumlah 16000 peminat hadir sepanjang kedua-dua hari konsert ini berlangsung.

Secara puratanya 8000 kehadiran peminat bagi setiap hari. Wow, ternyata konsert ini sangat dinantikan dan disambut hangat oleh para peminat mereka yang juga dinamakan sebagai BLINK (terbentuk dari kombinasi nama Black + Pink).

Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment

Persembahan mereka dimulakan dengan lagu hits terbaru mereka iaitu Ddu Du Ddu Du diikuti dengan lagu Forever Young, Stay (versi Remix) dan salah satu lagu debut mereka iaitu Whistle.

Selepas mempertontonkan VCR kompilasi Blink dari seluruh negara, konsert disambung dengan persembahan solo setiap ahli kumpulan Blackpink. Jisoo memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu Clarity (Zedd).

Persembahan solo diikuti dengan persembahan tarian daripada Lisa yang merupakan penari utama kumpulan itu dengan lagu Take Me dan Swalla. Rose meneruskan persembahan dengan tiga buah lagu cover iaitu Let It Be (The Beatles), You & I (Park Bom) dan Only Look at Me (Taeyang).

Jennie yang telah membuat debut solo rasminya pada tahun lepas telah mengakhiri sesi persembahan solo dengan lagu yang makin trending hingga kini iaitu SOLO.

Secara keseluruhannya Blackpink telah mempersembahkan 18 buah lagu termasuk lagu kolaborasi mereka bersama Dua Lipa iaitu Kiss & Make Up. Lagu-lagu lain terdiri daripada lagu daripada kumpulan Wonder Girls iaitu So Hot, Playing With Fire, Really (versi Reggae), See You Later, 16 Shots, Boombayah dan As If It’s Your Last. Konsert mereka diakhiri dengan dua lagu encore iaitu Ddu Du Ddu Du (versi Remix) dan Stay (versi asal).

Sepanjang konsert itu berlangsung, mereka tidak lekang daripada menunjukkan interaksi comel sesama ahli kumpulan dan juga kepada para Blink yang disayangi.

Apa yang lebih mendekatkan lagi komunikasi antara Blackpink dan Blink adalah apabila mereka hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris sepanjang malam tersebut yang mudah difahami oleh para pengunjung konsert tanpa memerlukan khidmat jurubahasa.

Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment

Interaksi mereka juga turut diselitkan dengan cubaan mereka bercakap dalam Bahasa Melayu terutamanya daripada Jisoo yang kerap mengucapkan “Aku Cinta Padamu” kepada para Blink. Ternyata itulah antara moment yang paling diingati oleh peminat mereka.

Walaupun hanya mengeluarkan kurang daripada 10 lagu sepanjang kehadiran mereka di dalam industri hiburan, ia tetap tidak menghalang mereka untuk memberi persembahan terbaik kepada seluruh peminat.

Dengan sambutan hangat daripada para peminat untuk konsert jelajah mereka kali ini, diharapkan Malaysia masih lagi berada di dalam senarai jika satu hari nanti mereka ingin mengadakan konsert jelajah edisi seterusnya dengan lebih banyak lagi lagu untuk dipersembahkan.

Walaupun konsert berjalan selama 2 jam, ia tetap terasa singkat dan para peminat masih tidak puas untuk menonton artis pujaan mereka itu.

Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment
Konsert BLACKPINK Live in Kuala Lumpur
Kredit Foto: YG Entertainment

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Perlumbaan Selebriti di Toyota Gazoo 2019 di Pulau Pinang

Q-tab Saman Fazura, Gagal Promosi Produk & Tuntut Semula RM156,000