Gambar Terkini Vanidah Imran di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri

Sebelum anda baca entri ini, apa kata bagi anda yang nak hadiah RM10,000 kat sini ada peraduan dengan hadiah lain yang sangat lumayan.

Tak caya, cuba klik sini:

http://www.facebook.com/event.php?eid=306113408528&index=1

atau

http://www.cybersafe.my/SID2010/index.html

Okay, kita teruskan dengan cerita pasal Vanida Imran.

Dah lama tak siarkan gambar terbaru pelakon Vanidah Imran. Kali terakhir, Budiey tengok Vee masa pementasan Cuci The Musical di Istana Budaya hari tu. Vanidah ganti Erra Fazira, bawa watak Citi Jasmin (CJ). Lakonannya sangat berkarakter.

Kemudian, Budiey ada dengar Vee turut berlakon dalam filem arahan Afdlin Shauki iaitu Misteri Jalan Lama. Baca sinopsis filem Misteri Jalan Lama, rasa teruja sangat nak tonton. Maklumlah, filem Misteri Jalan Lama ni adalah filem serius berbentuk fantasi pertama hasil arahan Afdlin Shauki. Selain Vee, pelakon lain yang menjayakan Misteri Jalan Lama ialah Hans Isaac, Que Haidar, Marion Counter, Nasir Bilal Khan dan Namron.

Isteri kepada pelakon Rashidi Ishak ini pernah bergandingan dalam Sehati Berdansa dan muncul sebagai juara musim pertama. Kini, masih sibuk lagi berlakon cuma kurang sikit publisiti tentang Vee. Sibuk jaga anak kat rumah lagi.

Apa-apa pun, ibu kepada dua cahaya mata ini rasa bersyukur rezekinya di dalam bidang ini semakin mencurah-curah. Walaupun jadual hariannya semakin bertambah sibuk, Vee tak pernah mengeluh dan merasakan peluang yang diterimanya itu perlu digunakan sebaik mungkin.

Dalam filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie, pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 ini hanyalah memegang watak tempelan atau jemputan sahaja. Wataknya bernama Cik Amy, seorang pensyarah kepada watak Natasha & the gang. Tapi kira cameonya menjadi jugak sebab dapat diingati oleh penonton. Siap Vee buat iklan syampoo lagi dalam filem komedi ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayang Nurfaizah Cari Protege Pandai Main Gitar atau Piano

Menangi Tiket Ke Wrestlemania Tonton WWE Smackdown di TV3