in ,

Gambar Terbaru Naira Mikayla Nama Anak Nabil & Zira

Naira Mikayla Buah Hati Nabil dan Zira. Selepas tiga hari dikurniakan cahaya mata sulung, pelakon, pelawak serta pengacara poopular, Ahmad Nabil bin Ahmad dan isteri, Nazirah binti Ayub akhirnya telah sepakat meletakkan nama puteri sulung mereka dengan nama, Naira Mikayla.

[dropcap]M[/dropcap]ungkin kerana ingin sentiasa melihat dan menjaga Naira Mikayla, Nabil terpaksa berhenti dari menjadi penyampai di Suria FM. Lagi pun, tawaran untuk Nabil berlakon dan jadi pengacara masih luas di luar sana. Tahniah buat Nabil.

Naira Mikayla Nama Anak Nabil & Zira

Sungguh indah dan cantik nama tu.

[dropcap]D[/dropcap]ifahamkan, sebelum ini penyampai radio Suria FM ini belum sempat mencari serta memilih nama yang sesuai untuk anaknya itu kerana Nazirah telah melahirkan anak mereka tiga minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Naiya dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.67kg pada hari Ahad, 25 November lalu, jam 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam.

Naira Mikayla Nama Anak Nabil & Zira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Uchop, Anjun, Abang, Adli, Syahz & Yus Berentap Dalam Vokal

Zain Saidin Tetap Hangat Dalam Hot Guys Who Cook Season 2