in

Gambar Siti Nurhaliza di Rakaman Melodi Raya 2010

Budiey baru sahaja pulang dari menghadirkan diri di Rakaman Melodi Raya 2010 yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Rakaman bermula sejurus selepas berbuka puasa. Dimulakan dengan persembahan istimewa daripada Kombat and The Gang.

Selebriti di sana sangat ramai. Ya, Budiey ulangi sekali lagi… sangat ramai dan sangat meriah. Budiey rasa kehadiran selebriti di rakaman Melodi Raya lebih meriah dan lebih happening dari acara anugerah yang ada sebelum ini. Bertambah meriah dan bergemerlapan dengan gaya selebriti yang hadir dengan lengkap berbaju raya.

Seluruh dewan bertukar menjadi seperti rumah terbuka dengan dihiasi dengan lampu lip lap bercahaya dan menyerikan lagi suasana.

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Patutlah Budiey diberitahu peminat tidak dibenarkan masuk ke dewan ini tidak seperti rakaman Melodi Raya sebelum ini yang diadakan di Sunway Pyramid. Ini kerana selebriti yang hadir sangat ramai.

Untuk info pembaca, Melodi Raya 2010 akan disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri ketiga dan kesepuluh, hari Ahad, jam 12.30 tengahari hanya di TV3. Kelainan Melodi Raya tahun ini menggabungkan himpunan artis-artis popular dari era berbeza iaitu 60an, 70an, 80an dan terkini.

Antara selebriti yang hadir ialah penyanyi paling popular, Dato’ Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Khalid. Siap sempurna dengan busana rona sedondon. Dari jauh lagi Budiey dah nampak kelibat Siti Nurhaliza duduk di meja VIP.

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Selain penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza, kehadiran YBhg Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad dan En Maxson Abdullah H Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Dagangan Dunia Putra, YBhg. Dato’ Rauf Yusoh.

Sempena ulangtahun perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza & Datuk Khalid yang ke-4 beberapa hari lagi, Budiey ingin mengucapkan Happy Anniversary. Semoga ikatan perkahwinan terus kekal dengan limpahan kebahagiaan. Semoga dikurniakan cahaya mata di masa akan datang.

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Melodi Raya 2010

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza & Sharifah Aini Berbaik

Gossip Sabhi Saddi Join One Nation Emcees?