in

Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition

Pada 30 Ogos 2010 lalu, Dato’ Siti Nurhaliza telah melancarkan produk SimplySiti – Edisi Emas di Ballroom, Hotel JW Marriot pada jam 6 petang. Serentak dengan itu juga, majlis berbuka puasa SimplySiti itu juga meraikan ulangtahun perkahwinan ke-4 buat penyanyi terkenal itu bersama dengan suaminya, Datuk Khalid.

Koleksi terhad yang diinspirasikan dari permintaan pengguna untuk mendapatkan produk yang boleh memberikan sentuhan glamor didatangi juga dengan tandatangan eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza. Ianya dihasilkan dengan bekas yang inovatif berwarna emas, koleksi ini hadir bersama empat produk yang praktikal dengan warna yang menarik.

Hadirin turut ditayangkan dua buah iklan TV yang terbaru yang dibintangi oleh Presiden SimplySiti Sdn Bhd ini sendiri. Ianya dinamakan Gold Edition dan Simply White yang Budiey sudah pun ditayangkan di kaca TV. Menurut Siti, kedua-dua iklan tersebut hanya mengambil masa sehari suntuk untuk disiapkan. Sesuatu yang mustahil tapi Siti Nurhaliza berjaya melakukannya secepat yang termampu.

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza atas kejayaan ini.

Sepanjang bulan puasa, Dato’ Siti Nurhaliza juga ada buat lawatan khas ke Watson’s, Jusco dan Sogo terpilih untuk bertemu dengan peminat dan pengguna setia SimplySiti.

Selain adanya hamper raya SimplySiti, peminat juga boleh menyertai Peraduan Berhari Raya bersama Dato’ Siti Nurhaliza yang diadakan sepanjang Ramadan ini.

Ini dia gambar-gambar yang sempat Budiey ambil semasa pelancaran SimplySiti Gold Edition.

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Heliza Helmi Bakal Hasilkan Buku Travelog

Lirik Ku Berjanji Karna Cinta Single Terbaru Anuar Zain