in ,

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung & M. Nasir Berduet Malam Nur Citra

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan M. Nasir merupakan antara dua artis yang akan memeriahkan konsert Malam Nur Citra yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 malam ini bermula pukul 9 malam.

Konsert berkenaan diadakan sebagai penutup tirai program Perkampungan Hadhari Terengganu yang telah diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu selama sembilan hari bermula 1 Februari lalu.

Selain dua nama besar industri hiburan itu, konsert yang bertemakan ketuhanan itu juga menghimpunkan artis-artis ternama negara lain seperti Ramli Sarip, Saleem dan Yassin yang sudah pastinya kemunculan mereka amat dinantikan oleh peminat setia mereka.

Menerusi konsert Malam Nur Citra itu, penonton akan dibuai dengan alunan gemersik suara merdu mereka mendendangkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah.

Selain artis solo, dua kumpulan nasyid yang tidak asing lagi iaitu Rabbani dan Far East juga turut sama menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu-lagu yang berunsur nasihat.

Antara lagu-lagu yang bakal disampaikan oleh barisan artis yang terlibat adalah Ahlan Bina, Menanti di Barzakh, Wassini, Kau Yang Mengerti dan Pergi Tak Kembali yang sudah pasti akan meninggalkan kesan mendalam di hati para peminat.

Persembahan yang akan berlangsung selama dua jam itu akan memberikan satu kepuasan kepada penonton apabila mereka akan memberikan persembahan yang menarik selari dengan konsep yang ditampilkan.

Untuk itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton rancangan menarik ini yang akan memberikan seribu kepuasan buat anda sekeluarga. [sumber]

Seorang sifoo dan seorang diva berduet dalam satu persembahan di Cipta Ekspress 2008, di mana program ini mengumpulkan para komposer lagu yang berkaliber. Tengok rambut M. Nasir tu, macam iklan shampoo pun ada… huhu!

[tags]gambar siti nurhaliza, photo datuk k, cipta lagu tips, cara tulis lirik, datuk seri siti nurhaliza, gambar m.nasir, sifoo, ahlong ptd limited review, sinopsis, komposer ajl, edison chen, youtube cecilia, break silent, nude edison chen[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Hitam

High School Musical 3: Senior Year Akan Ke Layar Perak