in , ,

Gambar Selebriti di Majlis Persandingan Dynas Mokhtar di Putrajaya

Budiey tidak dapat menonton Konsert Akademi Fantasia Minggu Pertama kerana terpaksa ke Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya bagi memenuhi jemputan Majlis Persandingan Dynaz & Hafizi Hafiz.

Majlis dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan kedua belah mempelai dan juga para media tampak grand dengan konsep tema garden wedding. Dynas Mokhtar dan Hafizi kelihatan berseri-seri dengan dua persalinan rekaan dan tajaan dari Glam Collection dan Saiful Bahrin. Juga turut dihiasi dengan barangan kemas dari tajaan Habib Jewels terdiri daripada rantai leher bertatahkan berlian dan permata Safir pelbagai warna.

Dynas juga turut memadankan kalung berliannya dengan koleksi subang penyapu berlian dan permata safir bernilai RM27,580. Dipadankan dengan sebentuk cincin berlian kuning fancy yellow diamond seberat 0.66ct bertatahkan berlian putih 1.78ct bernilai RM16, 145. Menjadikan keseluruhan untuk set pertama bernilai RM24, 000.

Selamat pengantin baru dan semoga kalian berdua dapat mengharungi kehidupan suami isteri dengan rukun harmoni. Semoga hubungan akan berkekalan abadi hingga ke anak cucu! Tahniah Dynas dan terima kasih atas kesudian menjemput kami!

Ramai juga selebriti yang terdiri daripada rakan taulan Dynaz datang untuk meraikan majlis. Dynaz ketika ditemui di sidang media sejurus selesai majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian ramai kenalannya yang turut hadir.

YASMIN HANI
SAZZY FALAK DAN SUAMI
NUR FAZURA! MALATOPS!
CHERYL SAMAD ELEGAN
JACLYN VICTOR TEMA DEEPAVALI
WOW FASHA SANDHA, ELEGAN
SHERRY & ASHRAF MUSLIM
EZLYNN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Imran Ajmain di Sidang Media Minggu Setiausaha Crown Plaza

Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift