in ,

Gambar Selebriti @ Hot FM Big Jam 2009: Part 1

Ramai yang bertanya, mengapa HOT FM Big Jam kali ini dibuat di Johor Bahru. Budiey rasa antara sebab utama festival muzik 8 jam tanpa henti itu diadakan di Danga Bay adalah kerana Johor adalah kilang dalam melahirkan artis-artis yang dikira berkualiti seperti grup rock lagenda, Search dan Raja SMS, Mawi. Kira Johor dah sinonim dengan industri muzik.

3 tahun, yea macam tak percaya Hot FM dah pun 3 tahun. Dengan kolaborasi dengan Streamyx Telekom Malaysia, acara tahunan yang sedang berlangsung ini dibuat untuk membalas sokongan para pendengar kerana menjadikan Hot FM sebagai radio nombor satu.

Jam 2 petang, Budiey bertolak ke tapak lokasi bersama dengan grup 6ixth Sense dan Aizat. Kali ini, kami tak sesat dah walaupun menggunakan pemandu yang sama dengan yang semalam.


Borak-borak pasal statement Liyana Jasmay di Melodi sekejep tadi, dia mengatakan semua akhbar tabloid tu tak betul, menipu. Adoi… mesti terasa hati akhbar tabloid. Nak kira Kosmo tu pun tabloid.

Antara selebriti yang Budiey temui di tapak festival, Imran Ajmain yang membawa jantung hatinya.

Bertemu dengan Anne yang sedang disolek di belakang stage. Sweetnya dia.

Adi dari 6ixth Sense bersedia untuk makan tengahari

Ayu dah ready untuk nyanyi lagu Tiada Logika dari Agnes Monica dan Hanya di Mercu.

Teruja Ayu sampai buat lompatan riang ceria

Hehe, harap tak marah kalau tadi Budiey cakap kat Ayu, rambut awak macam Oprah Winfrey.

Sebelum konsert bermula, ada jualan dan tapak promosi. One Nation Emcees turut berada di booth Hot FM untuk mempromosikan merchandise.

Seelan dan geng tengah jual merchandise Hot FM. Laris! Lain kali bawak satu kontena.

Siaran luar Hot FM diadakan bermula jam 11 pagi hingga 3 petang tadi. Antara artis yang turut berada di mini studio ialah Estranged.

Drummer Estranged.

Oklah itu aje yang boleh dikongsi dengan korang. Tunggu gambar lain pula lepas nih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gerai T-shirt Sensasi Selebriti Budiey.com Diserbu Pembaca

Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Eden Lake