in

Gambar Selebriti di Open House Media Prima 2010

Budiey sampai awal sebenarnya di Rumah Terbuka Media Prima yang diadakan semalam. Seawal jam 4.30 petang dah sampai di perkarangan Sri Pentas. Walaupun seawal itu, orang ramai dan tetamu sudah pun memenuhi suasana. Tahun ini dibuat lewat sikit iaitu bermula pada jam 5 petang hingga 8 malam. Kalau tak silap, tahun sebelum ini, acara open house Media Prima bermula jam 3 petang.

Sebelum tu, pada sebelah pagi, rumah terbuka dibuat khusus special punya untuk staff dan kakitangan Media Prima. Semua yang hadir tak lupa berpakaian lengkap dengan baju raya.

Macam biasa juga, ada pertandingan Gerai Terbaik. Tahun ni, gerai terbaik jatuh kepada Gerai Kumpulan Pengurusan Penyiaran dan disaingi oleh pemenang nombor 2iaitu Gerai Jabatan Sumber Manusia dan nombor 3, Gerai Berita dan Hal Ehwal Semasa TV9 dan ntv7.

Tak terkecuali, kali ini ada pertandingan pakaian tercantik, cabutan bertuah dan persembahan oleh kakitangan turut diadakan.

Bagi kategori lelaki, dimenangi oleh Alex dari Jabatan Pengurusan Imej manakala kategori wanita pula dimenangi oleh Zulina Yahya dari Jabatan Pemasaran dan Datin Nyarose dari Jabaran Pengurusan Perkhidmatan.

Open House Media Prima

Warga kerja Media Prima pagi semalam dihiburkan dengan persembahan Datuk Jefridyn, Alyah, Aman Syah dan kumpulan Floor Fever.

Tahun ini, Media Prima memperkenalkan konsep RAYA SEPANJANG ZAMAN di mana dekorasi gerai, penyediaan juadah dan persembahan disusun mengikut ciri-ciri era 50an hingga 80an. Teringat Budiey akan konsep seperti ini pernah diterapkan juga dalam Melodi Raya 2010 yang lalu.

Dihoskan oleh pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya dan Faizal Ismail.

Open House Media Prima 2010

Putih itu suci. Sesuci lebaran – Ahmad Fedtri Yahya

Kalau nak bilang jumlah pengunjung, ada kot dekat 1,500 orang tetamu yang hadir. Memang ramai dan seperti tahun sudah memang padat. Selebriti pun ramai. Ditambah lagi dengan pelanggan korporat dan orang perseorangan, pengiklan, orang-orang kenamaan dan rakan media.

Open House Media Prima

Open House Media Prima turut diserikan lagi dengan tetamu kehormat seperti Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Orang kuat Media Prima juga tentunya akan hadir. Antaranya, Datuk Johan Jaaffar – Pengerusi Media Prima Berhad, Dato’ Amrin Awaluddin – Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Abd Talib – Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, dan Ahmad Izham Omar, Ketua Rangkaian Radio Media Prima Berhad merangkap Ketua Pegawai Operasi Alt Media dan Pengarah Eksekutif 8TV.

Turut memeriahkan lagi, selain sajian makanan yang lazat dan enak, Open House 2010 ini dihiburkan dengan persembahan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Black, Aizat, Adibah Nor dan Ifa Raziah.

Selain itu, seperti biasa personaliti TV3 juga turut hadir. Antaranya, Ally Iskandar, Zakiah Anas, Hazrena Mohd Kassim, Maria Tunku Sabri, Annahita Bakavoli, Loo Tung Seang, Charles Mohan, Desmand Tey, Florence Looi, Jasmine Abu Bakar, Adrianna Aris, Aidi Marcello, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, Fara Fauzana dan ramai lagi.

Open House Media Prima

Tengku Iesta & M.Zul orang kuat Portal Tonton dan GUA

Open House Media Prima 2010

Persembahan lagu raya tapi tak bunyi macam lagu raya dari Black, FT & FBI

Open House Media Prima 2010

Tengok sendiri, semua orang tak nak lepas peluang bergambar dengan DCT

Open House Media Prima 2010

Aizat buat persembahan. Open House Celcom hari tu pun Aizat ada perform

Open House Media Prima 2010

Gaya lebaran yang jarang kita lihat. Nasrizal Ngasri

Open House Media Prima 2010

Open House Media Prima 2010

Han Isac hadir dengan gaya yang santai tapi seluar dan baju nampak sedondon

Zafroul

Ini pula penyanyi yang kini telah pun muncul dengan sebuah album baru CUMA SATU. Namanya Shazroul. Dulu pernah masuk AF sampai Konsert Prelude. Ingat lagi lagu Mungkir Bahagia?

Open House Media Prima 2010

Black memang suka pakai baju warna hitam. Itukan dah jadi trademark Black.

Open House Media Prima 2010

Yeah, rock n roll!

Open House Media Prima 2010

Adibah Nor nampak berseri dan bercahaya dengan busana songket tenunan Melayu

Open House Media Prima 2010

Persembahan yang sungguh memukau dengan vokal mantap Adibah.

Open House Media Prima 2010

Eh, pelakon Arm pun ada. Selalu sibuk dengan karier lakonannya.

Open House Media Prima 2010

Ruslan Shah, baju ni rasanya dia pernah pakai masa jadi emcee kat Amcorp Mall.

Open House Media Prima 2010

Jangan terpedaya. Bukan kain sarung yang dipakai tapi sehelai seluar!

Open House Media Prima 2010

Nampak dah berisi sikit… Lan The  Typewriter. Gosip yang Budiey dengar, Lan tak jadi kahwin? Betul ke, Lan?

Open House Media Prima 2010

Jaclyn Victor. Permainan vokalnya, tarikans suaranya. Memang digeruni lawan.

Open House Media Prima 2010

Ashraf Muslim

Lama betul tak jumpa Ashraf Muslim. Semakin mantap dengan kariernya. Kini bergelar hos Gadis Melayu.

Open House Media Prima 2010

Faizal Tahir mendendangkan lagu Hanyut secara akustik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2010

Red Carpet Photo Golden Awards 2010