in , ,

Gambar Selebriti di Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Bintang Popular 2007

Nah! Ini Dia Gambar Selebriti di Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Bintang Popular 2007 Yang Sempat Budiey Ambil Semasa Hadir di Acara Ini. Enjoys!

Tema pakaian untuk majlis ini merah dan putih. Jadi, macam biasalah, ada selebriti yang mematuhi syarat dan ada yang tidak. Tapi tak tahu lah nak cakap camna kalau semua yang datang tu pakai baju warna merah dan putih. Mahu je majlis akan bertukar menjadi persidangan UMNO lak kat situ. Pastu kan, tiba-tiba je Tun Dr Mahathir duk terjonggol kat situ bagi ucapan Selamat Tinggal… huhu… camne?

Tapi yang bestnya, kali ini majlis diadakan di luar perkarangan iaitu di West Garden Lawn, Hotel Palace of Golden Horses. Rasanya tak pernah buat lagi kat sini. Nak bertukar angin kot. Asyik duk buat dalam dewan je, boring kata dia. Kalau korang tempah untuk majlis perkahwinan bertemakan ala taman, ha, kat sinilah tempatnya.

Cop! Cop! Budiey nak letak gambar ni dulu. Cuba lihat, betapa mesranya famili Fasha Sandha dengan famili Siti Nurhaliza. Macam ni la yang kita nak. Aman damai je. Kalau Fasha mesra dengan famili Nora Danish cenggini kan best! Ops! Larrriiikkkk!

2509186274 Ea8443Dec2 | 4

Ibu Fasha bersalaman dengan Dato’ Siti Nurhaliza! Wah, ala-ala jejak kasih jadinya. 

Fasha:”Inilah mak gegirl….”

Tok Ti: “Hi Mak Fasha, cantiknya selendang auntie, macam Siti punya tudung je ni, oops, selendang… kat mana beli ni? Nak beli gak la untuk ABP tahun depan. Mesti anggun, kan, Fasha”

Fasha: “Memang anggun, gegirl suka sangat… “

Perhatian: Perbualan ini hanya jokes semata-mata. Jangan ambil serius ya.

Memang Budiey rasa ala-ala garden wedding je kan siap depa ni pasang lagu romantik saxophone Kenny G… Fuh. Tapi ramai yang merungut sebab panas macam sauna katanya. Bagusla juga, tak payah la aku susah-susah nak gi gym petang nih semata-mata nak berkurung dalam sauna. Kat sini pun jadi katanya. Berpeluh sakan. Cuaca takde la panas sangat petang semalam. Budiey rasa bahang je kot. Cuaca nampak mendung je dengan awan-gemawannya yang menutupi langit. Wah! Sastera sungguh!

Ha, klik je la pautan di bawah ini untuk melihat gambar selebriti. Tak ramai pun yang datang…. mungkin sibuk pemenang hantar wakil je.

  1. Gambar Fasha Sandha Ala Naomi Campbell?
  2. Baju Nora Danish pakai ni dikatakan GRAND oleh seorang artis. Grand ke?
  3. Dafi Cute & Romantika di Tampoi?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sidang Media & Prebiu Stirring Odissi di Bangsar Village II

RASA KISAP RASA SAYANG LAKONAN MAK KUI HO, PHUA CHEE KIAN