in ,

Gambar Selebriti di Anugerah Oscar 2008

Semalam, Budiey berkesempatan untuk menghadiri satu lagi anugerah yang ada di Malaysia bumi bertuah ini. Tapi sayangnya, tidak ramai selebriti yang hadir di Anugerah Oskar TEGAR yang diadakan di Hotel Nikko Kuala Lumpur ini. Oh ya lupa pulak nak cakap, sebenarnya anugerah ini memang khusus untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada krew-krew dan pekerja di sebalik pembikinan filem. Kalau dilihat dalam 57 anugerah yang diberikan, tidak sampai 5 anugerah diberikan kepada para pelakon dan selebriti yang terlibat.

Anugerah yang diadakan pada jam 8 malam ini dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Filem Malaysia. Budiey rasa sepatutnya mereka perlu bekerjasama dengan stesen TV dan mencari penyiar serta sponsor yang banyak untuk menjadikan anugerah ini setandinga dengan anugerah Oskar di Hollywood.

Melihat pada jumlah selebriti yang hadir dan suasana kemeriahan, Budiey kira, tak perlulah selebriti nak melaram sangat untuk hadir di anugerah suam-suam kuku macam nih. Perabiskan bogheh je. Bukannya gah sangat pun. Biasa-biasa aje.

Elly Suriati macam biasalah, selesa dengan gaun hitamnya. Macam pernah tengok je, recyle ke, kak?

Seksi dan hot!

Ainul Aishah, salah seorang pelakon filem Histeria

Ainul, mana pergi Fizow, biasa awak berkepit dgn dia kan? Hehe, jangan lupa tonton filem Histeria mulai 18 Disember ini ya. Itu pesanan dari Ainul.

Nanu Baharuddin

Comel pipi dan dagu dia. Bukan botox ya?

Nama pelakon ni Lana Nordin. Filem lakonannya, Gentayangan akan ditayangkan pada Januari 2009.

Mata rabak! Tengok betul-betul mata Lana sebelah kiri tu sebenarnya kena ketembing kata Lana. Merah menyala… kesian. Terpaksa cover dengan rambut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Wedding Ashraf Sinclair & Bunga Citra Di Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Evian Launched Limited Edition Bottle Debuts in Malaysia