in ,

Gambar Sekitar Tayangan Istimewa The Conjuring Sensasi Selebriti

[dropcap]S[/dropcap]etelah sebulan lebih Budiey dah promote peraduan untuk menyertai Tayangan Khas filem The Conjuring, akhirnya pada 29 Julai yang lalu, semua jemputan dan pemenang peraduan ini telah pun berkumpul di Cathay Cineleisure untuk menonton filem ini. Tayangan bermula jam 9 malam dan kami sempat hang out sekejap untuk merapatkan silaturrahim dan berkenalan.

[pullquote align=”right”]Budiey juga telah menjemput beberapa orang selebriti untuk sama-sama memeriahkan screening. Antara yang sudi hadir ialah Karl Shafek, IZ, Amanda Imani, Shazroul dan ramai lagi.[/pullquote]

Semua yang hadir iaitu sebanyak 110 orang pembaca telah diberikan goodie bag percuma dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah di sesi cabutan bertuah yang diadakan sebelum tayangan.

Pada awalnya memang tak ramai yang nak datang. Budiey pun risau jugak. Dewan yang boleh memuatkan 120 orang penonton sudah pun disediakan siap-siap oleh Warner Bros. Pictures. Terima kasih banyak kepada Warner Bros. Pictures kerana sudi menyediakan satu dewan untuk Budiey.com. Bukan apa, takut juga dewan nanti akan kosong dan Budiey risau juga takut tak ramai yang nak menonton filem seram penuh suspen ini.

Namun sangkaan Budiey meleset. Ternyata sebelum dua minggu nak berlangsung, Budiey telah menerima lebih 300 emel dari pembaca yang berminat untuk datang dan mereka telah menghantar penyertaan peraduan. Tahniah kepada yang menang. Bagi sesiapa yang tak menang tu, jangan risau, Budiey akan mengadakan tayangan khas filem yang lain pula di masa akan datang.

Kemungkinan besar yang teruja sangat nak menonton filem ini adalah kerana viral di internet yang mengatakan filem ini sangat best dan memang berbaloi untuk tontonan. Selain itu juga, filem ini telah memecah rekod kutipan paling tertinggi di acara premiere dan tayangan pembukaan di Amerika Syarikat.

Budiey berbangga kerana pengarah filem The Conjuring ini adalah berasal dari Malaysia. Pengarah yang Budiey maksudkan ialah James Wan yang berasal dari Kuching, Sarawak dan pernah memberikan impak pengarahan terbaik dalam filem Saw dan Insidious.

Sinopsis filem The Conjuring. Pengarah James Wan (“Saw”dan “Insidious”) menghasilkan filem seram baru ini yang berdasarkan sebuah kisah benar. Pelakon Patrick Wilson dan Vera Farmiga berlakon sebagai sepasang penyiasat fenomena luar biasa yang diupah oleh pasangan suami isteri. Pasangan tersebut baru sahaja berpindah ke sebuah rumah ladang baru bersama anak mereka tetapi rumah tersebut kelihatan berhantu. Filem ini berasaskan kisah benar keluarga Perron yang mendakwa mengalami kes rasukan hantu pada era 1970an.

Rata-rata pembaca yang hadir mengakui filem ini sangat seram dan ia seronok ditonton kerana jalan ceritanya sangat lain dari filem seram sebelum ini. Tambahan lagi, filem ini ada elemen suspen yang sukar diduga penonton.

Terbaru, James Wan telah dipilih menjadi pengarah filem Fast and Furious 7. Wow! Sangat membanggakan. Namun, ramai pengkritik filem mengatakan, macamana la jadinya filem ini bila pengarah filem seram James Wan arah filem aksi lasak. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan ya.

Kepada yang tak dapat datang, bolehlah menonton filem ini di pawagam bermula pada hari ini, 1 Ogos 2013! Seram giler wei!

Jom layan gambar-gambar menarik sekitar Screening The Conjuring Bersama Pembaca Budiey.com.

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Filem The Conjuring

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Natassia Malthe di Majlis Berbuka Puasa KRU Music

Dove Lancar Kempen Rambutmu Mahkotamu