in

Gambar Sekitar Sidang Media Drama Syahjihan

Dah tonton drama di Slot Akasia terbaru, SyahJihan? Macamana? Apa komen korang semua tentang drama penyiasatan romantik ini?

Yang pastinya, drama ini mencuit hati Budiey. Walaupun auranya tak seperti drama Adamaya yang telah pun tamat dan kesannya terasa sehingga kini. Ramai yang suka dengan budak comel yang bernama Mia Sara tu.

Bercakap tentang drama Syahjihan, selain menampilkan aksi-aksi lucu dan mendebarkan dalam dunia penyamaran, drama bersiri 20 episod ini menampilkan juga aksi menarik yang dilakonkan oleh Fouziah Gous, Kamal Adli, Riezman Ruzaini, Fiza Elite, Kartina Ayob, Aryn Malik, Delimawati, Cat Farish, Den Wahab dan ramai lagi.

Drama ini diterbitkan oleh Excellent Pictures arahan oleh pengarah tersohor Ahmad Idham, mengisahkan tentang seorang wartawan penyiasatan, Jihan yang menyamar sebagai dua individu yang berbeza hanya untuk mencungkil rahsia dari Tuan Haris yang disyaki bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya.

Namun delima melanda apabila dua wanita ini muncul dalam hidupnya dan membawa bibit-bibit percintaan sepanjang penyiasatannya.

Dalam satu penyamaran untuk tugasan kewartawanannya, Jihan telah menyamar sebagai seorang pengemis (bernama JIman) untuk memerangkap dan menangkap ketua sindiket pengemis untuk mengaut keuntungan.

Dalam penyamaran itu, Jihan telah terserempak dengan Aisyah yang mengasihani nasibnya dan banyak membantunya. Jihan benar-benar terharu dengan sikap Aisyah dan semakin lama semakin jatuh hati padanya. Namun, kerana masih dalam tugasannya, dia tidak dapat memberitahu Aisyah akan identitinya yang sebenar.

Kamal Adli sebagai Jihan

Kamal & Fouziah sebagai kekasih dalam Syahjihan

Fiza

Merumitkan lagi keadaan, Aisyah bertembung pula dengan Jihan selepas mereka sama-sama bekerja di syarikat Tuan Haris. Semakin lama, Aisyah semakin mengesyaki identiti dan keikhlasan Jihan terhadap Oji. Namun, selepas peredaran masa, hubungan Aisyah dan Jihan pula menjadi semakin rapat sehingga menimbulkan bibit cinta. Ini menyebabkan Aisyah semakin berada dalam dilemma.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, “Slot Senda Pagi dan Akasia merupakan platform yang baik untuk TV3 meneruskan usaha memberikan yang terbaik kepada penonton setianya dengan menyiarkan drama-drama yang menarik dan menepati citarasa penonton.

Di samping itu, kami juga mementingkan kandungan program yang sarat dengan mesej-mesej positif agar menjadi teladan kepada masyarakat.

Jika dilihat, kedua drama ini mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri. Kami pasti para penonton pasti teruja mengikuti kisah yang tidak dapat dijangka pada permulaan cerita hingga ke penamat.” katanya.

Jadi jangan ketinggalan untuk menonton SyahJihan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang mulai 17 Mei 2010 hanya di TV3.

Foto pelakon Fouziah Gous di sidang media dan majlis ramah mesra bersama pelakon Syahjihan di Sri Pentas.

Updated news:

Berita baik untuk pembaca setia Budiey.com, mahu goodie bag istimewa dari Budiey.com?

Seramai 20 orang pembaca pertama yang memakai baju-T Eksklusif Sensasi Selebriti Ulangtahun ke-3 (warna merah) berhimpun bersama Budiey di HARI SUSU SEDUNIA akan mendapat goodie bag dari Budiey!

Jom meriahkan HARI SUSU SEDUNIA di Pavilion KL pd 30 Mei ini jam 11 pagi. Temui Budiey di sana! Call Budiey: 019 6602632.

See u there!

http://www.budiey.com/amber-chia-reshmonu-alif-satar-bakal-meriahkan-world-milk-day/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Golden Child & The Glimmer Man di TV2

Filem Lagenda Budak Setan Bakal Cetuskan Fenomena