in

Gambar Sekitar Promosi Filem Jangan Tegur di Singapura

SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN DI MALAYSIA
DAN BAKAL DITAYANGKAN DI SINGAPURA 23 APRIL

Metrowealth (MIG) menerusi filem terbitannya yang ke-28 berjudul Jangan Tegur sekali lagi mencatat kutipan memberangsangkan setelah seminggu ditayangkan di pawagam. Filem bergenre seram ini telah mula menemui penonton sejak 9 April lalu.

Seperti juga Jangan Pandang Belakang dan Congkak, Jangan Tegur juga akan ditayangkan di 11 pawagam di seluruh Singapura bermula 23 April ini. Harapan MIG agar Jangan Tegur mendapat sambutan hebat seperti Congkak yang bejaya meraih RM1.2 juta apabila ditayangkan di sana. Jumlah itu merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah filem Malaysia di Singapura.

Pada 13 April lalu telah berlangsung Tayangan Media di Eng Wah Cinemas, Suntec City Singapura khas buat barisan media cetak dan elektronik di sana. Berdasarkan sambutan dan respon yang diberi MIG yakin dengan sambutan penonton di sana apabila ditayangkan nanti.

Jangan Tegur dihasilkan oleh barisan tenaga produksi yang sama dalam menghasilkan Jangan Pandang Belakang dan Congkak iaitu Ahmad Idham selaku penasihat kepada pengarah muda Pierre Andre. Manakala Abdul Azizi Awang Ghazali bertindak sebagai Penolong Pengarah, Indra Che Muda sebagai Pengarah Fotografi dan Ahmad Rusli Mohd. Khadri sebagai Pengarah Seni. Jangan Tegur juga menggunakan khidmat pengarah bunyi dan muzik MIG Sound Factory/ Brian Ng.

Barisan pelakon yang menjayakan filem Jangan Tegur ini terdiri daripada pelakon-pelakon utama seperti Nadia Mustafar, Ellie Suriati dan Julia Ziegler dan dibantu oleh  Azri Iskandar, Almy Nadia, Rozita Che Wan, Pierre Andre, Abu Bakar Juah dan Kaza. Pemilihan pelakon ini dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip selain kekuatan mereka menangani watak yang diberikan.

Kelebihan Jangan Tegur adalah jalan ceritanya yang menarik dengan unsur-unsur ’suspen’ dari awal hingga ke akhir cerita. Jangan Tegur telah menjalani pengambaran sepenuhnya di sekitar Lembah Kelang bermula 16 Mac 2008 lalu.

MIG sangat mengalu-alukan serta mengharapkan sokongan daripada semua pihak terutamanya media cetak dan elektronik dalam memastikan filem ini terus mendapat sambutan penonton.

Seterusnya, MIG akan tampil dengan filem seterusnya arahan Ahmad Idham iaitu sebuah filem romantik komedi berjudul Syurga Cinta pada 21 May ini. Selain menanti tarikh tayangan bagi filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys arahan Ahmad Idham serta Remp-it V3 arahan sulung Farid Kamil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Jangan Tegur

EH! Cover Girl Search 2009