in , ,

Gambar Sekitar Prebiu Media Teater SUPERMOKH Sebuah Muzikal

Teater yang menelan belanja lebih dari RM3juta ini akan menemui anda semua di Istana Budaya pada 6 hingga 18 November 2013. Tiket-tiket boleh dibeli di Istana Budaya dan Ticket2U.biz.

Akhirnya, Budiey dan para media telah menonton buat pertama kalinya teater muzikal yang pertama di Malaysia yang menterjemah sekitar liku hidup pahit manis seorang pemain bolasepak bertaraf lagenda negara, Dato’ Mokhtar Dahari, SUPERMOKH Sebuah Muzikal di Istana Budaya pada malam tadi. Terima kasih kepada Hans Isaac yang sudi menghulurkan jemputan.

Teater yang menelan belanja lebih dari RM3juta ini akan menemui anda semua di Istana Budaya pada 6 hingga 18 November 2013. Tiket-tiket boleh dibeli di Istana Budaya dan Ticket2U.biz.

Tidak banyak foto-foto yang Budiey dirakam, cuma beberapa sahaja yang anda boleh lihat di bawah ini.  Ada 22 foto yang telah diedit. Apa yang boleh Budiey ceritakan di sini, teater ini menghiburkan. Tidak lepas dari menyelongkar kisah cinta lagenda bolasepak Malaysia, teater ini juga turut memaparkan keperibadian dan karakter beliau yang mungkin ada antara kita yang tak tahu.

Teater ini menceritakan betapa semangat kesukanan dan kekeluargaan itu penting untuk mencapai kemenangan. Budiey sendiri terhibur dengan jenaka dan kadang-kadang sinikal disampaikan dengan penuh gaya dengan arahan dua orang selebriti popular, Hans Isaac dan Harith Iskander.

Insyaallah Budiey akan menonton sekali lagi teater ini pada malam gala yang akan diadakan pada 11 November ini bersama dengan DYMM Sultan Selangor.

Budiey percaya, anda yang membeli tiket berpuas hati dengan mutu lakonan dari pelakon berkaliber seperti Awie, Maya Karin, Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir dan ramai lagi. Paling kelakar bagi Budiey ialah semasa segmen dari Douglas Lim yang sememangnya bijak menggunakan jenaka dan punch line yang bikin semua isi panggung ketawa.

Anda juga akan dipersembahkan dengan tari lenggok gaya pemain bola sepak. Sepak, tendang, tanduk, elak bola dan macam-macam bentuk gerakan atas padang diterjemahkan dalam bentuk tarian yang mengujakan. Budiey terpesona dengan tarian sekumpulan penari khas yang mengguna cahaya neon. Sesuatu yang bukan mudah dan hanya boleh dibuat oleh pakar persembahan neon je. Ya, gerakan dan formasi lampu memainkan peranan di mana kita akan jadi asyik menyaksikan permainan cahaya. Anda boleh lihat sendiri dan akan faham dengan apa yang Budiey maksudkan.

Cerita bermula setelah Mokhtar Dahari telah berkahwin dengan kekasih yang lama dicintainya iaitu Tengku Zarina yang dibawa oleh Maya Karin iaitu sekitar tahun 1979. Penonton akan dibawa terus mengembara ke riwayat hidup dan dugaan serta cabaran yang dihadapi oleh pemain bola sepak lagenda yang lahir dari Setapak, Kuala Lumpur ini. Jatuh bangun seorang pemain bola sepak yang hebat ini disampaikan dengan cara yang mudah dengan lagu-lagu dan diselitkan dengan jenaka bersahaja.

Budiey rasa, raut wajah Awie memang ada iras Mokhtar Dahari. Dikatakan, Awie berusaha mengurangkan berat badannya dan beliau berjaya mencapai tahap yang dikehendaki oleh pengarah walaupun perutnya agak buncit sedikit. Hehe.

Fakta menarik tentang Allahyarham… beliau telah menyumbat sebanyak 177 gol di peringkat Piala Malaysia dan sebanyak 125 di peringkat antarabangsa.

Selebihnya, Budiey rasa korang kena tengok sendiri di Istana Budaya.

Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh
Prebiu Media Teater SuperMokh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Water For Life Anjuran PETRONAS Beri Nafas Baru

Kecerahan Segera Dengan Vaseline Instant Fair