in ,

Gambar Sekitar Pelancaran Gadis Melayu TV9

Gadis Melayu Kembali Lagi di TV9

Khabarnya, untuk musim ke-2 ini, pencarian Gadis Melayu lebih mencabar. Hanya yang terbaik di kalangan terbaik sahaja akan terpilih. Kalau musim pertama dulu, Khairul Noormaidah Zali atau Aida telah dinobatkan sebagai juara.

Semalam, jam 3 petang, Budiey telah menghadiri satu event anjuran TV9 iaitu pelancaran Gadis Melayu di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Di majlis itu, telah diumumkan 12 orang peserta baru yang bakal bersaing. Program ini akan disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam bermula 6 Ogos 2009.

Hampir 3 bulan mengadakan ujibakat di Johor, Pulau Pinang, Shah Alam, Perak dan Kuala Lumpur, untuk cari Gadis Melayu (adakah mereka ini betul-betul gadis? Wallahulham) akhirnya 12 peserta dipilih iaitu Norfarizan, Shazfinaz, Hafiza, Hazlin, Sharifah Jasmine, Nadiah Adrianna, Putri Noor Nawal, Rahimah dan Robeaha Ramza. Seorang lagi peserta telah tarik diri. Kalau dilihat rata-rata peserta yang terpilih adalah dari Selangor. Seorang aje dari Kelantan. Huhu…

Gadis Melayu musim baru ini akan dikendalikan oleh Sharifah Shawati Syed Mohd, seorang perunding imej Adamaya Image Consultancy Malaysia. Ditaja oleh Safi Balqis, Unza Malaysia, pakaian ditaja oleh Butik Ratu, Blay, Cosmopolitan, Babylon dan Concorde Hotel.

Setiap minggu, selama satu jam program ini akan memaparkan pelbagai aksi dan cabaran yang berbeza seperti penampilan diri, kecantikan, kebijaksanaan, keperibadian, kebolehan berkemunikasi, asas sains rumahtangga dan seni serta budaya.

Syabas dan selamat maju jaya kepada semua peserta~! Lakukan yang terbaik…!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Noniswara dan Datuk Rosman Kahwin Hari Ini

Maxis Launches iPhone 3GS in Malaysia