in , , ,

Gambar Sekitar Majlis Ramah Mesra Pelakon Drama Tower 13

Baru-baru ini, bertempat di Sri Pentas telah diadakan majlis ramah mesra dengan para pelakon drama seram terbaru, Tower 13. Ramai juga pelakon yang hadir seperti Bront Palarea, Dira Abu Zahar, Fara Aliya, Azhan Rami dan Rahim Omar.

Kalau diperhatikan, sememangnya drama seram begitu mendapat sambutan di mana rating jumlah penonton agak mengalakkan sehingga mencecah 3.4 juta penonton. Ramai tu….

Setelah siri Susuk, Puaka Niang Rapik dan Keliwon, kini penonton disajikan pula dengan Tower 13 yang akan menemui penonton setia TV3 setiap Khamis jam 9.30 malam mulai 6 Ogos 2009.

Tower 13 yang diarahkan oleh pengarah terkemuka Khabir Bhatia ini akan bersiaran sebanyak 13 episod dan diterbitkan oleh Filmscape Production Sdn. Bhd. Siapa yang tak kenal dengan Khabir Bhatia di mana beliau sangat popular menghasil drama yang ada impak, baik dari segi filem, telemovie mahupun drama bersiri, semuanya mantap.

Ini dia pengarah Tower 13… Khabir Bhatia

Siri ini adalah buah tangan ke-2 Khabir Bhatia dalam penghasilan drama siri bergenre seram. Sebelum ini, beliau pernah mengarahkan siri ”KekasihKu Seru” yang juga pernah menghiasi slot yang Seram.

Kali ini ”Tower 13” mengetengahkan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palare (Adam), Azhan Rami (Detektif Malik), Dira Abu Zahar (Maria), Fara Aliya (Detektif Aishah) dan Rahim Omar (Ustaz Khalid). Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, ”Kami sentiasa mencari kelainan di dalam setiap penerbitan sesebuah drama terutama yang berbentuk seram maka kami tidak ragu-ragu untuk bekerjasama lagi dengan Khabir Bhatia.

Azhan Rami sebagai Detektif Malik

Dira Abu Zahar sebagai Maria

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. asyik citer seram jer skrg nih..boring tul..kt tv citer seram..wayang citer seram..aku tgk sampai kebanyakkan scene nya lebih kurang sama jer..kelar sana sini..darah sana sini..pompuan yg rambutnya menutup muka…lembaga merayap2 kt lantai..air paip kt sinki kuar darah..PLEASEEEEEEE LAAA..aku teringat komen kt Bintang Popular (berita harian) kalo tk silap jeling kak pora ker atau normah becok..bila kerajaan kata filem rempit bole menyumbang faktor negatif pada remaja kerana “mempopularkan dan seolah2 mempromosi budaya buruk tu ” wartawan ni bole kata tk setuju langsung n bole dia kata skrg nih byk citer hantu tp tk de plak yg jadi hantu…bodoh punya statement..budak kecik pun tau mana bole jadi hantu betul2..yg tu tahyul..tp kalo hantu jadian memang berlambak…samseng jalanan or bohsia tu salah satunya la…setau aku zaman 80an dulu memang dah ada lumba haram nih..tp tahap sosialnya tk seteruk spt skrg..tk de sampai melakukan jenayah kejam spt rogol, bunuh, ragut, gengsterism,road bully etc….sampai budak umur 10 tahun pun dah pandai tunjuk isyarat mencarut dan tgk gambar lucah..semuanya dari sumber2 berbentuk hiburan dan berteknologi..spt handphone, internet juga filem2 atau drama..

  2. Maria ni dia buta tapi boleh ‘nampak’ makhluk halus la.. Dan Adam in present (waktu dia tgh disoal siasat oleh inspektor) aku budget mesti dia dah mati gak si adam ni..confirm la..aku dapat rasakan inspektor tu pada akhir cerita mesti dia pun mati jugak..

    Cerita tower 13 ni, sebenarnya bukan didatangi oleh hantu raya ka, pocong ke, pontianak ke, tetapi agaknya la (firasat sendiri) banyak sgt kes bunuh dekat apartment tu, jadi banyak roh2 jahat yg tak tenteram yang berkeliaran sekitar apartment tu, jadi siapa2 penghuni yg tinggal kat situ, mesti kena punya lah!

  3. aku plg mint cite ni..memg bez xonh aku tgok cite bez cam ni..tp aku nk tw name pelakon johan arif 2..sape y tw tlg gtw…plizzzzzzzzzz. aku mnt kt dy!!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran 8TV Goes Mobile di Platinum Movie Suites

Film ORPHAN Photos & Poster