in ,

Gambar Sekitar Konsert Teaterikal Suara Kita Bahagian Kedua

Seakan ingin lari dari kebiasaan, malam prebiu untuk media untuk Konsert Teaterikal Suara Kita diadakan pada malam pertama tirai pembukaan di mana turut disaksikan oleh peminat dan penyokong serta turut mengundang beberapa orang selebriti dan anak seni terkenal sebagai penyeri. Mereka adalah saksi dan orang bertuah menjadi antara yang pertama menonton persembahan yang paling dinantikan ini. Turut hadir penyanyi Ning Baizura, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail. Rata-rata rakan media yang Budiey temui semalam telah melahirkan rasa teruja untuk menonton konsert yang menggabungkan tiga penyanyi dan pelakon popular di atas pentas Panggung Sari, Istana Budaya yang berprestij. Ramai yang tak sabar untuk menonton kehebatan vokal tiga selebriti dan kemantapan lakonan mereka seperti yang dicanang sebelum ini.

Konsert Teaterikal Suara Kita

[pullquote align=”right”]Bagi Budiey kejayaan sesebuah konsert terletak pada kepuasan penonton dan bukannya secara zahiriahnya, kita melihat tiada satu pun tempat duduk yang kosong. Namun, Konsert Teaterikal Suara Kita telah membuktikan kejayaan berganda apabila tiket laris dijual pada saat-saat akhir. Ya, memang begitulah sikap orang kita, selalu je beli tiket last minute kan?[/pullquote]

Seperti yang Budiey war-warkan, Konsert Teaterikal Suara Kita ada dua bahagian iaitu konsert dan teaterikal muzikal. Pada bahagian pertama, penonton akan dibawa untuk mengimbau kembali lagu-lagu popular dendangan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain di zaman kegemilangan mereka sekitar tahun 90-an. Bahagian kedua pula, penonton akan dihiburkan pula dengan persembahan lakonan ala teater dan juga nyanyian muzikal. Antara lagu yang dinyanyikan ialah Kekal, Bersama Akhirnya, Pasrah, Jendela, Anggapanmu, Nur Nilam Sari, Ku Cinta Padamu, Ratuku, Di Ambang Wati, Senja Nan Merah dan Tragedi Oktober.

Persoalan, adakah berbaloi untuk beli tiket datang ke konsert yang dihasilkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd ini? Jawapan yang Budiey berikan…. ya, korang akan rasa berbaloi. Tak kiralah berapa nilai harga tiket anda. Budiey cakap ni, bukanlah nak buat promosi ke apa ke. Tapi kata-kata ini dipersetujui oleh ramai peminat yang datang beli tiket dan ada yang sanggup datang dari Johor dan Kedah untuk tengok persembahan malam pertama!

Persembahan berlanjutan sehingga ke jam 12 tengah malam. Bagi yang betul-betul minat dan menggemari ketiga-tiga penghibur ini, mereka tak rasa pun lenguh duduk lama di atas kerusi. Tiada istilah punggung berkematu bagi mereka kerana menganggap persembahan lebih 3 jam itu masih lagi tak cukup! Mereka nak lagi dan lagi. Tapi tak kurang yang mengatakan, persembahan di malam pertama begitu meleret… dan menurut Awie semasa sidang media, beliau akan cuba potong mana-mana babak-babak yang tak perlu menjadikan persembahan lebih kemas, lebih mantap dan lebih menghiburkan untuk tontonan di malam yang seterusnya.

Erra Fazira Bijak Kawal Emosi

[dropcap]B[/dropcap]udiey seharusnya memuji kawalan emosi yang diserlahkan oleh Erra Fazira yang sekarang ini dihimpit pelbagai kontroversi. Luar dan dalam, tekanan pasti dirasakan beliau. Namun, Erra Fazira berjaya membuktikan segala cabaran onak duri yang sekarang ini menghimpit dirinya, tidak sekali-kali mengganggu tumpuan persembahan. Lontaran vokal yang lantang, dengan suara gemersik tak ubah seperti persembahan di zaman kegemilangan beliau. Budiey simpati dengan apa yang berlaku pada Erra Fazira dan menjelang persembahan, beliau diterjah dan diaibkan dengan gossip hubungan dengan Ku Nan yang disebarkan oleh sebuah akhbar. Semasa diberitahu oleh pengurus, Erra rasa sedikit terganggu ketika itu. Aiyo, tak nyempat-nyempat ke nak sebar pasal isu hubungan ni? Tak boleh tunggu konsert selesai ke wei!

Sebagai gimik, Awie turut mengundang gitaris undanganm seorang remaja yang aktif mempamerkan video main gitar di Youtube iaitu Mira Fana dan pengarah muzik, Edrie Hashim untuk mengiringi nyanyian Awie dalam sebuah lagu Wings yang ramcak, Bujang Senang.

Konsert selama 2 jam 30 minit ini berlangsung dari 3 Mac sehingga 9 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya di sini. Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan ini, tiket dijual dengan harga berharga RM79 sehingga RM499 boleh dibeli di kaunter Istana Budaya. Layari kaunter tiket: www.ticket2u.biz

Budiey di sini ingin mengucapkan syabas buat semua yang menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita. Bukan mudah untuk menggabungkan ketiga-tiga mereka dari segi nyanyian mahupun lakonan. Cabaran digalas atas dasar untuk menjadikan konsert ini antara konsert tahun 2014 yang paling berjaya. Budiey percaya, konsert ini menjadi satu kenangan abadi buat penyokong setia Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.

Kepada yang hadir semalam, mahu pun yang akan hadir di malam seterusnya, Budiey nak letakkan beberapa gambar momen-monen menarik yang sempat dirakam oleh jurugambar terkenal Taqiyuddin Ariffin semasa bahagian pertama iaitu konsert. Layanlah!

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Konsert Teaterikal Suara Kita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Taylor Swift Duta Aiskrim Cornetto