in

Gambar Sekitar Konsert Star Live 2010

Penghujung Tahun Yang Menggemparkan

Hari Natal bagaikan tiba seminggu awal dengan adanya Konsert Star Live 2010 yang mendapat sambutan yang amat menggemparkan Sabtu lalu.

Dibarisi dengan persembahan hebat bintang-bintang Cina, konsert percuma itu dibanjiri orang ramai dan peminat Saluran Ceria Anda yang sememangnya diraikan malam tersebut. Disiarkan secara langsung oleh ntv7 dan dihoskan oleh dua pengacara dinamik, Cheryl Lee dan Nic, ia merupakan kali keempat konsert tahunan itu dianjurkan.

Cuaca baik malam itu menambahkan lagi kehangatan acara dengan kehadiran sejumlah 80,000 orang yang ingin menyaksikan sendiri persembahan artis-artis hebat bertaraf antarabangsa dan tanahair di Konsert Star Live 2010.

Superstar popsters AK and Thomas Jack drives the crowd wild with Super Girl

Konsert dua jam itu dimulakan dengan pemenang peraduan Be A Star yang tetap tidak kurang hebatnya iaitu Ice bersama dua peserta lain iaitu Einzeln Lady dan 2X, melalui gerak tari dan koreografi mereka yang bertenaga dan menarik.

Kemunculan penyanyi Taiwan, Landy Wen yang tampil dengan pakaian seksi di pentas utama menghiburkan penonton dengan dendangan lagunya yang rancak- Hot Wave (Re Lang) diikuti oleh lagu Silly (Sha Gua). Persembahan diteruskan dengan artis tanahair Wu Jia Hui dan Will Ng, yang tetap mendapat sorakan gemuruh penonton yang menghargai artis tanahair tersebut.

Hosts Cheryl and Nic keep the momentum going

Artis yang terkenal di Taiwan iaitu Peter Ho seterusnya mengagumkan penonton dengan nyanyian medley lagu hits beliau, diikuti oleh lagu Perfume (Xiang Shui) dan sebuah lagi lagu berentak puitis berjudul I Remember Falling in Love Before (Wo Ji De Wo Ai Guo).

Irama malam itu dirancakkan seiiring kemunculan MC Lin, penyanyi rap Cina dengan lagunya ABC. Mungkin ramai tidak menyedari kehadiran artis ini kerana citarasa tempatan lebih memihak kepada pop dan balada, namun bakat dan karismanya berjaya menarik perhatian penonton untuk menyanyi bersama. MC Lin adalah satu-satunya artis Cina yang berjaya menembusi carta Billboards Top 200 Albums dan ini merupakan julung kali kemunculannya di Malaysia. MC Lin juga menarik minat penonton dengan adegan “freestyling” dan senda guraunya bersama pengacara Nic dan Cheryl pada malam itu.

The all-star line-up with ntv7 brand manager, Lai Cheah Yee, standing first from left, and ntv7 GM, Airin Zainul, standing 5th from left

Persembahan malam itu dirancakkan lagi dengan petikan gitar Hanjin dan nyanyiannya bersama MC Lin. Dengan hanya berbekalkan instrumen gitar, Hanjin yang merupakan penyanyi dan produser tetap mempesonakan penonton dengan vokalnya, yang pernah dibandingkan oleh majalah Times dengan vocal penyanyi terkenal Sammy Davis Jr, tatkala menyanyikan lagu solonya secara unplugged berjudul Love One Step At A Time (Yi Bu Yi Bu Ai). Hanjin yang pernah menerbitkan lagu untuk Christina Aguilera dan idola pop Korea, Rain juga mengakui bahawa ini merupakan persembahan sulungnya di Malaysia.

Selebihnya, konsert itu diteruskan dengan penampilan pasangan artis pop dari Taiwan bernama AK yang memberi persembahan yang lincah dan bertenaga. Artis tempatan kegemaran ramai VChuan pula mendendangkan beberapa balada diikuti oleh duo tempatan iaitu Thomas Jack yang membawa persembahan yang lincah dan berirama pop. Apabila kedua-dua pasangan kumpulan pop AK dan Thomas Jack tampil bersama mempersembahkan lagu Super Girl, sambutan gemuruh daripada orang ramai seolah-olah menyebabkan kawasan Bukit Jalil bergema dengan teriak para peminat penyanyi-penyanyi ala “boy band” itu.

Penyanyi dari China yang bertapak di Taiwan dan menjadi pujaan peminat Cina iaitu Della Ding Dang tetap hebat. Dengan persalinan merah dan skirt hitam yang ringkas, penyanyi kecil molek dengan suara yang mantap itu berjaya menarik minat penonton melalui lagu rancaknya yang sedang hit, Feel Good (Fu Good), dari album yang sama judulnya.

Hanjin shows off solid vocals

Nyanyian yang menyentuh jiwa berjudul I Love Him (Wo Ai Ta) Della memang dirasai para penonton yang menyanyikan lagu itu bersamanya sebelum beliau mendendangkan beberapa lagu medley.

Di akhir konsert, JJ Lin yang tampil mengenakan kot yang berkilau dan sifat nakalnya mengujakan peminat. Penyanyi dan penulis lagu itu mendendangkan lagu berentak pantas berjudul Name of a Place (Jiang Nan) dan dua lagu hits beliau secara medley sambil memberi persembahan yang menarik.

Sebagai penutup tirai, konsert itu diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang mewarnai lagi kemeriahan malam. Sememangnya, ia adalah malam yang penuh hiburan tanpa henti dan mencetus kejayaan yang besar hasil gabungan persembahan dan persediaan yang mantap.

Turut sama dalam menjayakan Konsert Star Live 2010 anjuran ntv7 ini adalah rakan media dari oneFM and 988 FM dan juga Red Box dan Green Box Karaoke. Produser konsert ini pula ialah Kumpulan Galaxie.

Penonton yang mungkin terlepas konsert hebat ini tetap boleh menyaksikannya dengan melayari www.tonton.com.my. Untuk keterangan lanjut mengenai Konsert Star Live 2010, sila lawati laman www.ntv7.com.my/starlive, atau sertai kami di Facebook and Twitter.

Crooner VChuan

Della Ding Dang croons to the crowd

JJ Lin

MC Lin shows to Malaysians solid talent

Sexy Landy drove crowd wild

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Sponsor Sungei Wang Year End Countdown 2011 Street Party

Raikan Musim Cuti dengan Astro Fiesta