in

Gambar Search di Konsert Search Di Awan Biru Seberang Jaya

Walaupun hujan lebat melanda, namun ternyata ramai peminat fanatik grup Search tidak berganjak. Terus menjadikan konsert Seberang Jaya ini antara yang paling fantastik dan happening setakat ini. Lagu-lagu yang dimainkan secara segar tapi mengembalikan nostalgia buat peminat jadi histeria.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Amy ialah Derap Komado, Balada Pemusik Jalanan, Setelah Hujan, Laila Namamu Teratas, Langit Dan Bumi, Pelesit Kota, Fantasia Bulan Madu, Fenomena, Bencana
Isi Atau Kulit, Melastik Ke Bintang, Medley #1 – Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu, Diari Habil Qabil, Ghotik Malam Edan, Isabella, Medley #2 – Mat Rock & Pasti dan Pawana. Lagu-lagu bonus, Songsang, Kejora dan Rozanna. Memang gempak habis! Sampai pentas meletop dengan bebola bunga api.

Rata-rata peminat cakap, rugi pada peminat lain yang tak dapat tengok. Ini peluang terakhir untuk lihat Search beraksi secara live sebelum mereka dibubarkan.

Paling menakjubkan bila lihat penataan cahaya dan sistem bunyi yang da booom!

Antara gambar-gambar Search di Konsert mereka… pada yang tak sempat, ada lagi beberapa siri di kawasan berhampiran anda! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Undi Paparazzi Infinatez di Muzik-Muzik

Sekitar Konsert Pengenalan Mentor Musim Ke-3