in , ,

Gambar Sanding Doa Selamat di Majlis Resepsi Kahwin Scha & Awal

Budiey percaya pada masa ini, ramai selebriti terutama sekali yang menang dalam ABPBH2011 telah memulakan perjalanan menuju ke Holiday Villa Subang Jaya untuk menerima cek atau hadiah masing-masing. Seronoknya korang ya. Dan yang paling ditunggu, Budiey rasa ramai yang tertanya-tanya siapa pula yang akan jadi pemenang untuk kategori online yang belum diumumkan.

Jadi, majlis penyampaian hadiah ABPBH2011 hari ini akan mengumumkannya. Terlebih dulu, Budiey nak ucapkan tahniah buat pemenang. Jangan lupa belanja Budiey hehehe walaupun Budiey tak pernah pun hantar undian. Pengakuan ikhlas ni tau.

Okaylah, di tengahari yang cukup berbahagia dan tenang ini, Budiey mahu terus menyiarkan gambar-gambar yang diambil semasa Budiey hadir ke Majlis Resepsi Ahmad Awaluddin Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya… hehehe, siap letak nama penuh macam kad pengenalan tu.

Oh ya, pada pagi tadi, Budiey dah upload dua buah video Majlis Resepsi Scha Awal. Korang layan dulu video kat bawah ini.

Ramai penyanyi yang menghiburkan hadirin pada malam tadi. Antaranya ialah Atilia, Ning Baizura, Salamiah Hassan, Shila Amzah dan Alyah. Budiey sempat rakam masa Shila Amzah yang mendendangkan sebuah lagu Adele – One and Only. Ohsem giler!

Budiey awal-awal lagi nak minta maaf sebab mutu video sangat teruk. Harap korang faham dengan suasana di majlis ini, terlalu ramai orang dan ramai sangat jurugambarnya. Ini satu cabaran untuk budiey dan ini sahajalah yang mampu Budiey rakamkan.

Juga, ada satu video di mana Awal Ashaari buat kejutan untuk isterinya, dengan menyanyikan sebuah lagu asal Anuar Zain iaitu Sedetik Lebih. Budiey selitkan juga ucapan ringkas dari Erra Fazira. Sweet.

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Majlis Resepsi Awal & Scha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Scha Alyahya di Majlis Resepsi Awal & Scha

Gambar Acara Merenjis di Majlis Persandingan Scha & Awal