in

Gambar Rossa di Pelancaran Album Tema Cinta Rossa

Umum dah tahu, penyanyi bersuara merdu gemersik dari Indonesia, Rossa tika ini sedang berada di Malaysia. Pagi tadi 30 Mac 2011, Rossa muncul di Malaysia Hari Ini di TV3 dan semalam pula Rossa sibuk dengan sesi foto bersama 5 buah majalah terkenal di Malaysia.

VIDEO SEKITAR PELANCARAN ALBUM ROSSA

Hari ini pula, Rossa telah pun melancarkan album yang kesemua lagunya menjadi lagu runut filem dan lagu tema sinetron yang berjudul Harmoni Jalinan Nada & Cerita. Terdapat 11 buah lagu lama dan 3 buah lagu baru dalam album ini iaitu Memeluk Bulan, Ku Menunggu dan Jagad Khayalku.

Bertempat di IL PRIMO, 26 & 28 Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, Majlis Pelancaran Album Harmoni Jalinan Nada & Cerita ini turut dimeriahkan dengan dendangan 3 buah lagu dari Rossa. Turut hadir ialah wakil dari Celcom dan penganjur showcase Rossa, Dijaya Corporation Berhad.

Seusai sidang media pelancaran album, diadakan juga Pelancaran Kempen Celcom Call Me Tones Rossa & sidang media untuk mengumumkan peraduan yang dianjurkan oleh Celcom iaitu Peraduan Ku Menunggu Mu di Jakarta serta sidang media tentang showcase Rossa yang diberi nama An Evening With Rossa yang akan diadakan di Ballroom Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort, Damansara pada 9 dan 10 Jun 2011 ini. Tiket akan dijual tak lama lagi.

Ini dia gambar Rossa yang sempat Budiey ambil. Cantik dan sangat menawan dengan sepasang dress rekaan dari pereka Indonesia.

Rossa

Rossa

Rossa

Rossa

Rossa

Rossa

Rossa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DEVIATE New Resident Band Hard Rock KL April & May

Filem Anu Dalam Botol Kutip RM1juta Selepas 5 Hari Tayangan