in ,

Gambar Pengacara Fifi & Suaminya Feriz Omar di AJL23

Budiey kira korang masih lagi mengingati wanita cantik manis ini yang dulunya terkenal sebagai pengacara di TV3. Pada Anugerah Juara Lagu 23, Budiey tidak sangka dapat menatap wajahnya yang melalui karpet merah bersama suami tercinta. Memandangkan kali pertama bertemu, Budiey agak terkejut rupanya Fifi mengenali dan mengecam Budiey dari jauh.

Memilih gabungan warna maroon dan hitam

Glam + Romantis

Fifi Noor Hafiza Saharuddin atau lebih dikenali sebagai Fifi merasakan tahun 2009 adalah tahun yang memberikan seribu erti bagi dirinya selepas mendirikan rumahtangga bersama Feriz Omar tokoh korporat, yang juga seorang pakar ekonomi dan politik Malaysia pada 8 Ogos 2008 yang lalu.

MENUNGGU KELAHIRAN JUN 2009

Fifi yang kini mengandung empat bulan menantikan kelahiran putera sulungnya pada bulan Jun 2009 nanti sedang dihujani dengan tawaran pengiklanan sebagai model keibuan untuk beberapa jenama terkenal. Fifi yang bakal bergelar ibu mengharapkan kelahiran putera sulungnya nanti akan membawa sinar keberkatan kepada keluarganya.

“Saya sememangnya amat menyukai kanak-kanak dan saya berasa tidak sabar menantikan kelahiran putera sulung kami, Jun nanti, insyaAllah.”

Pengacara terkenal yang dinobatkan sebagai Ratu Olay 2004 dan kemudiannya menyinar dari program ‘Bersama Mu TV3’ itu juga ditawarkan untuk menyambung kontrak sebagai pengacara utama program ‘Fitrah Kasih’ untuk musim berikutnya di TV1. Ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi perwatakan beliau sebagai seorang personaliti yang lemah lembut, baik hati serta perihatin terhadap kehidupan masyarakat.

“Fifi bersyukur pihak RTM merasakan peranan Fifi masih diperlukan dalam perjuangan membasmi pelbagai masalah sosial rakyat Malaysia. Dalam musim yang baru ini juga, Fifi akan memberikan kelainan dan sentuhan unik sebagai pengacara dalam program tersebut,”

‘Fitrah Kasih’ adalah merupakan sebuah program yang menyentuh tentang soal kehidupan masyarakat yang terlibat dalam proses menjejaki kasih yang telah hilang serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dipelopori oleh pelbagai badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam usaha mereka menangani 1001 masalah sosial rakyat Malaysia.

MULANYA DETIK KEGEMILANGAN FIFI

Melalui strategi korporat suaminya juga, Fifi kini adalah Ketua Pegawai Operasi Chenderong Karya, sebuah entiti produksi karya dan pengurusan bakat di bawah naungan Perkumpulan Chenderong Bersekutu, yang bakal mewarnai industri hiburan dan informasi Malaysia dan negara-negara serantau.

“Fifi berasa kagum dengan suami Fifi yang mempunyai pendedahan korporat yang luas dan pengalaman serta perhubungan dalam pelbagai industri serantau sehingga dapat mencetuskan idea yang membuat Fifi ingin terlibat secara langsung dalam operasi Chenderong Karya.”

Lagu single dari album ‘The E.Z Project’ di bawah naungan Chenderong Karya bakal menemui peminat hujung Januari 2009. Antara lain yang Fifi tidak sabar untuk berkongsi dengan peminat muzik tempatan adalah keluaran album sulung Chenderong Karya bertajuk ‘The E.Z Project’ yang mengetengahkan bakat baru E.Z dengan sentuhan genius muzik Ajai Wake The Baby.

‘THE E.Z PROJECT’

E.Z yang mempunyai suara unik adalah merupakan johan pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat negeri dan kebangsaan. Berbekalkan bakat luar biasa dan lagu-lagu gemersik sentuhan Ajai, Fifi berharap lagu-lagu E.Z pasti menghambat hati peminat dan sekaligus menjadi siulan anak-anak muda mulai hujung Januari 2009.

Fifi dan Hesti Purwadinata yang merupakan Fifi dan jurusolek professional dari seorang aktres, model dan pengacara yang Christian Dior Indonesia semakin menyinar di Indonesia Fifi juga dalam ‘The E.Z Project’ memainkan peranan sebagai model utama dalam video-video klip E.Z bertajuk ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ dan ‘Engkau Di Sisi’ yang merupakan lagu tema ‘Qasidah Buat Laila’, sebuah telemovie arahan Erma Fatima di mana Fifi memegang watak sebagai Laila dengan rakaman filem di Mekah dan Madinah.

Fifi merasakan bahawa rakaman video ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ yang dirakamkan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini adalah suatu pengalaman segar bagi beliau kerana ia memberi kesedaran beliau terhadap pesakit-pesakit yang mempunyai harapan tipis untuk terus hidup.

Adegan-adegan dalam video klip ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ lagu ciptaan Ajai dan video arahan Hedy Suryawan, produser video klip ternama Indonesia.

“Dalam rakaman video tersebut, Fifi berpeluang berlakon bersama Hesti Purwadinata yang merupakan seorang aktres, model dan pengacara Indonesia yang semakin menyinar. Hesti pernah berlakon bersama Krisdayanti dalam filem ‘Jatuh Cinta Lagi’ dan beberapa video klip artis- artis ternama Indonesia”.

Semasa rakaman di Indonesia, Fifi juga melihatkan betapa beruntungnya dia menjadi rakyat Malaysia yang hidup tanpa kedaifan dan sentiasa dikelilingi dengan pelbagai kemudahan.

Fifi berharap, para peminatnya terus menyokong perjuangan beliau sebagai pengacara program ‘Fitrah Kasih’ yang bersiaran pada setiap Khamis di antara jam 3.00 hingga 4.00 petang bermula pada 8 Januari 2009 di TV1 dan juga semua program serta projek yang didukungi beliau dalam tahun 2009.

Semoga kejayaan milik Fifi untuk tahun 2009. Selamat maju jaya ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ako Mustapha Nafi Waran Tangkap Dikeluarkan

Aeril, Cando, Publisiti Murahan & Album Pertama